June 2016 - Isam Ismail

Wednesday, June 29, 2016

ZAKAT.. Erti Dan Kewajipannya
||ZAKAT..ERTI DAN KEWAJIPANNYA||Zakat dari segi bahasa bererti “Bersih”, “Suci”, “Subur”, “Berkat”,dan “Berkembang”. Maksud “Bersih” dan “Suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.

Manakala dari segi Istilah Syarak pula zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (Ayat 56)

Jelas ayat diatas menerangkan tentang kewajipan untuk berzakat. Sejarah juga membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang ingkar dalam membayar zakat kerana  didalam harta orang yang kaya, wujudnya hak untuk orang-orang fakir dan miskin.


Harta yang Wajib Dizakatkan

1.       Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu samada lelaki atau perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2.       Zakat Harta

Jenis-jenis zakat harta yang dikenakan zakat adalah seperti yang berikut:

·         Zakat pendapatan
·         Zakat perniagaan
·         Zakat binatang ternakan
·         Zakat pertanian
·         Zakat wang simpanan
·         Zakat emas dan perak
·         Zakat saham
·         Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz

·         Ma’adin

Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau dilaut
·         Kunuz

Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun)

·         Rikaz

Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahilih)



Syarat Umum Wajib Zakat??

Ketahui pula apakah syarat seseorang itu wajib mengeluarkan zakat :

1.       Islam

Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama islam sahaja.

2.       Merdeka

Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib zakat

3.       Sempurna Milik

Sempurna milik bermaksud, pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus dan memperoleh manfaat dari harta tersebut tanpa kawalan undang-undang dan peraturan

4.       Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat keatas harta itu.

5.       Cukup Haul (Tempoh wajib)
       
Haul ialah tempoh setahun bersamaan 12 bulan qomariah pemilikan kekal harta zakat seseorang selain dari harta zakat bij-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.

6.       Harta Yang Berkembang

Harta yang berkembang adalah pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan:

Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki adalah:
Binatang ternakan berkaki empat
Hasil makanan yang menjadi makanan asasi
Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.

Bentuk harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan adalah:
Emas, perak, mata wang dan hasil galiann yang bernilai
Tanaman, ternakan dan lain-lain yang disusahakan secara komersial

Sumber Rujukan :

Sunday, June 26, 2016

Kelik Laa Weii .. Lagu Raya Versi Kelate (LIRIK)



|| KELIK LAA WEII .. LAGU RAYA VERSI KELATE (LIRIK)||Ini pula lagu raya versi kelate yang memanggil kepulangan perantauan balik ke kampung halaman masing-masing menziarahi ibu bapa. Kelik laa weii, Kelik laa weii, Kelik laa weii, Kelik laa weii, kelik-kelik laa weii. Oghe kelate hok dok jauh tu kelik laa weii. Sebok beraso laye ko lagu ni sore-sore di perantauan.

Kelik Laa Weii
Kelik Laa Weii
Kelik Laa Weii
Kelik Laa Weii

Kelik-Kelik Laa Weii

Kelik Laa Weii
Kelik Laa Weii
Kelik Laa Weii
Kelik Laa Weii   2x

Orghe Kelate
Hok mano dok jauh nun di perantauan
Tinggal kampong lame kijo cari make
Rato riti negeri orghe

Orghe Kelate
Tuo mudoo tok kiroo miskin kayo
Mari kitoo pakat buat kiroo
Nok khelik rayo bilo

Ulang khorus

Terbaye dimato
Sekot sebok nok jerit pon ado
Teringat ko mok ayoh disano
Owh sedihnyo rasoo

Lamonyo sungguh
Sapa ko hari-hari dok menanti
Hari rayo doh nok mari lagi
Kito sambut aidilfitri

Kito orghe kelate wajib kelik rayo  kelate
Jange wat dok reti jange banyok bui alase
Dok ceruk mano pon aar jauh di perantauan
Rayo tetap rayo jange rayo di perantauan

Ulang khorus

Pakat jan ngot belako baju kurung baju kumbe
Jammu tupat leme klepek genyeh lompat tike
Singgoh kubor smeta kito sedekah al-fatihah
Pakat kito kelik pakat kelik belako-lako

Ulang khorus

Kelik-kelik la weiii

Penyanyi : Man Khan & Aris Kapilla
Komposer : Eddie Hamid 
Penulis lirik : Zulkifli Md Ali 



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kepada perantau diperantuan. Kelik-kelik la weii..


Friday, June 24, 2016

Rezeki Nuffnang Ramadhan
||REZEKI NUFFNANG RAMADHAN||Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Rezeki itu nikmat, makin kita bersyukur, makin lebih mendatangnya. Nak diceritakan, Nuffnang murah hati plak letak iklan dalam belogisam. Kalau tak silap ini kali kedua rezeki nuffnang masuk dengan laju. Kali pertama empat tahun lepas, masa mula-mula aku kenal dengan dunia blog. Dulu-dulu ciput jer, ibarat sekali datang terus berlalu pergi.

Tapi sejak dua bulan yang lepas, rezeki nuffnang masuk, tanpa putus-putus, seronok tak terkatalah, bila tengok status iklan ‘ongoing’ selalu. Rezeki nuffnang ramadhan boleh dikatakan, berbaloi juga bila penat dulu-dulu dah nampak hasilnya, walaupun blog ini bukan main dia untuk create income.  

Awalnya aku hairan , macam mana iklan nuffnang asyik melekat jer. Kemudian aku buka fail untuk siasat faktor, punca dan alasan kenapa berlaku, aku guna sikit tools sixth sigma.“ahahhaa”. Akhirnya aku jumpa sebabnya, tahu apa? Views blog meningkat 200% dari dulu yang hanya 10% views sehari. Macam mana aku kira peratus tu hanya kira-kira menggunakan kalkulator kedai runcit, tiada formula dan tiada format.

Belanja sikit jer
Alhamdullillah, views yang mendadak ini tak datang sekelip mata, hasilnya datang dari permainan SEO (acah je) yang dipelajari melalui otai-otai blogger. Aku letakkan satu entri yang aku pasti satu masa dia akan meletup dalam M’sia, dan jangkaan aku tidak meleset, ianya berhasil sehingga mendatangkan aku rezeki dengan melekatnya iklan nuffnang.


Okay, sekian sahaja catatan ramadhan untuk REZEKI NUFFNANG RAMADHAN . Admin belogisam mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada muslimin dan muslimat.