November 2013 - Isam Ismail

Saturday, November 16, 2013

Tips cinta  dari pecinta  Putus Cinta
Assalamualaikum..

Jangan berkata "tinggalkan aku sekiranya aku menyakiti hatimu”

Perlu diingat yang kita cinta adalah manusia bukannya pokok ataupun besi yang tidak mempunyai perasaan.. Apabila “manusia” yang kita cinta, ingatlah mereka mempunyai perasaan dan hati sebagaimana yang anda miliki, mereka harapkan hati mereka dijaga,, dibelai dan dikasihi sebagaimana  yang anda kehendaki untuk diri anda sendiri.. 

Oleh itu jangan sesekali anda berkata “tinggalkan aku dan carilah teman lain yang boleh membahagiakanmu”  dengan alasan anda menyakiti hatinya dan selalu membuatkan hatinya terluka..Anda perlu sedar tatkala anda mengeluarkan perkataan itu, hatinya bertambah sakit dengan apa yang telah anda lakukan sebelumnya..Maksudnya, makin sakitlah hati pasangan anda pada ketika itu.

Walaupun niat anda untuk merajuk atau kecil hati dengannya,, jangan sesekali mengeluarkan perkataan ini, kerana dengan kata-kata sebegitu pasangan kita dapat megesan yang kita sudah tidak sayangkannya lagi dan kita mengharapkan dia bahagia dengan orang lain bukan bersama kita..

Walhal kita memang sayangkannya dan sanggup menerima dia seadanya tetapi dengan kata-kata sebegitu pasangan anda tidak fikirkan yang anda sayangkannya  tetapi  cuma anda yang berfikiran sebegitu, fikiran manusia ini tidak sama  dan berbeza sama sekali..

Penyelesaian kepada masalah yang anda selalu sakitkan hati pasangan adalah “tinggalkan saya seketika, saya mahu bersendirian”.Ini adalah ucapan dan selembut kata-kata untuk menunjukkan yang kita masih sayangkannya bukannya berkata  “tinggalkan aku dan carilah teman lain yang boleh membahagiakanmu”.

Sekiranya anda telah mengungkapkan perkataan ini kepada pasangan anda dan anda masih sayangkannya dan menerimanya seadaanya dan niat percintaan yang anda harungi pada ketika ini untuk mendapat keredhaan Nya,, tukarkan ayat anda secepat mungkin,, jangan biarkan perasaaan pasangan anda disakiti berkali-kali2.. fikirkan sesuatu yang positif, jangan kerana  perkataan anda derita selepasnya...


Thursday, November 14, 2013

GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
Assalamualaikum wbt .. :)

kilik banner utk GA yg dikendalikan Oleh HH

Setelah sekian lama blog ini tidak diberi belaian kasih sayang akhirnya penulis kembali dengan langkah pertama menyertai GA yg dikendalikan oleh HH,, mengikut kepada pengalaman GA yang lepas, penulis adalah salah seorang pemenang segmen  yang dikendalikan oleh HH.Harapannya tahun ni boleh menang lagi la. krik krik.. 

    Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013

SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini

2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :

1 helai baju I Love Blogging

2 helai baju Geek

2 Fridge Magnet Krabi

5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org

Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..



Yang Disemai Dulu Kini Tiada  Part 1
Assalamualaikum wbt... :) :'(

    “Kalau sudah ditakdirkan andai setia disemai cinta dicanai,,tiada persefahaman dan kuasa jodoh usah ditangisankan akan kehilangannya.” Tiga tahun bersama melalui halangan dan kebahagian akhirnya kini berakhir segalanya kisah yang penuh dengan perasaan,, banyaknya pengaliran kasih sayang dan akhirnya aku akui aku kalah dengan permainan ini yang memerlukan kefahaman yang mendalam..Bukan senang dan mudah untuk mengemudi halangan yang setiap saat dan detik memerlukan pengorbanan..Yang betul-betul kuat dan sanggup sahaja layak mengharungi semua ini dan sekiranya hati lemah dengan halangan dan dugaan jangan sesekali memberanikan diri memasuki dunia permainan perasaan yang penuh dengan misteri,, silapkan langkah anda yang menjadi pemainnya yang akan derita dengan kekalahan..

    Aku adalah seorang insane dan aku menyanyaginya dengan ikhlas dan harapan aku adalah ingin mengakhirinya dengan perhubungan yang halal  selepas dua tahun akan datang.. Berikat dengan janji adalah lumrah dalam perhubungan dan itulah yang aku lakukan untuk memberi  kepercayaan kepadanya dan setiap kali itulah aku cuba mencari jalan untuk memperbaiki diriku supaya aku dapat melangkah jauh dan berubah dari keadaan yang aku miliki sekarang...Kami saling menanam sifat kepercayaan itu dalam diri sendiri  dan berharap dengan usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil pada masa yang akan datang..

    Hari bersilih ganti,, masa terus berdetik meninggalkan aku keseorangan dengan hilangnya perasaan sayang darinya. Sehingga kini genaplah dua bulan dikasarkan pengiraannya aku kehilangan insane yang  betul-betul aku sayang.. Betul-betul aku harapkan jodoh dan rusukku,, betul-betul aku uar-uarkan kepada kedua ibu bapaku akan perasaan ini..Namun apakan daya apakan kuasaku yang mampu megembalikan semua yang dulu ke masa kini.. Aku pasrah dan aku betul-betul redha akan kepergiannya dari hidupku.. Walaupun ego lelaki ini yang menguasai diriku,, namun kesedihan itu tetap melanda tatkala mengingatkan kisah bersamanya dan tambah lagi kenapa aku ditinggalkan sebegini rupa, sehinggakan sanggup kasih sayang dan perasaan yang dimiliki dijual beli begitu sahaja setelah   kebahagian baru menjelma dalam sinar hidupnya untuk menggantikan perasaan yang seakan membawanya kepada derita..