February 2013 - Isam Ismail

Thursday, February 28, 2013

Generasi yang dicari
Sekiranya aku dalam situasi macam ni,, belum tentu sanggup berpeluh untuk mengejar kenderaan beroda empat dengan basikal.. habis kurang lapor balai polis,, tapi sekalung penghargaan untuk adik yang sejujur hatinya ini..inilah modal insan yang kita ingin cari untuk negara tercinta...


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun
namun kejujuran dan kemurnian hati
Amir Azizan Hashim mungkin jauh
mengatasi orang dewasa apabila dia
memulangkan semula beg tangan
berisi RM37,500 (SG$15,000) milik
seorang wanita warga Singapura yang
tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju mungkin
mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi
mengembalikan beg tangannya,” katanya
mengimbas kejadian itu yang berlaku
berhampiran sebuah pasar raya di Taman
Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini,
ditemui selepas menerima sijil
penghargaan atas kelakuan terpujinya itu
daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku
kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu
ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk
membeli akhbar. - harian metro
Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung
3 bulan berlalu
Hai,,, nak diceritakan dan dimulakan ceritanya sudah 3 bulan berlalu lesen L aku dalam pegangan ejen dan baru hari ini jam sebelah baru aku teringin nak mendapatkannya,, ha3,, pegang-pegang 2/3/2013 adalh tarikh mampus lesen L aku,, nak tak nak bergegasla aku pergi pejabat pos sambung tarikh untuk 3 bulan seterusnya bagi aku untuk meyiapkan P..Cerita aje bab lesen aku bukannya rajin sangat nak pergi pusat latihan maklumlah jalan kawasan ini macam tak boleh percaya sangat,, bila bawak motor je semua kena alert dan alert,,Yang mengiringi perjalanan aku adalh lori-lori trailer yang agak laju pemanduannya dan kesesakan yang teramat ditambah pula semua kenderaan dipandu laju-laju seolah litar atas tanggapannya..

Tetapi nasib baik aku dapat cari ejen yang boleh dibuat perkiraan dengannya,, semua urusan dapat dipermudahkan dengan bantuan dan pertolongan encik ni soran..
Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Wednesday, February 27, 2013

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung



Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..

Pencarian Bloglist 2013 (panas macam pisang goreng)
Assalamualaikum wbt,,,pengumuman,pengumuman,dan pengumuman,kali ini belogisam ingin membukakan ruang kepada para blogger diluar sana untuk menjadi bloglist belogisam untuk tahun 2013 yang serba indah ini.

Antara kelebihan yang bakal dimiliki oleh senarai bloglist ini adalah kunjungan dan komen setia untuk setiap masa bila masa belogisam on sahaja internet tanpa wayar ini.. Dan lokasi yang akan diletakkan senarai bloglist ini adalah di bahagian  kanan blog ini dengan saiz 220 x berapa entah,,

Kelebihan lain lagi yang akan diperolehi oleh kalain para bloglist semua adalah kalian sendiri tahu,, mungkin boleh menjadikan blog anda sedikit  terkenal atau dikenali oleh pelusuk blogger tanah air mahupun seantero dunia yang memiliki blog.

Cara-cara untuk anda menjadi bloglist belogisam adalah senang, mudah dan cepat malahan tidak memerlukan segmen atau penulisan entri tetapi anda hanya perlu komen dan tinggalkan link blog yang anda ingin disenaraikan dalam kotak dibawah entri ini..

Sekian dari belogisam,, tawaran dibuka untuk semua blogger bagi meletakkan link blog yang disayangi disini..dan jumlah yang diingini adalah (tinggal saja komen dibawah dan belogisam akan uruskan )
Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Tuesday, February 26, 2013

Penjara batu
Jam sembilan pagi menyatakan aku terpaksa meninggalkan kelembutan selimut yang aku guna sepanjang malam untuk memulakan aktiviti seharian. Dengan perlahan selimut itu aku lipatkan menjadikannya segi empat tepat dengan ketebalan hampir dua inci melalui perkiraan otak yang baru mula hendak bekerja sepenuhnya.

Dalam keasyikkan lamunan yang diiringi lipatan terlintas juga dibenak fikiran  akan mimpi semalam yang seakan mahu  memberi makna yang mendalam dalam kehidupan aku""penjara batu"". apakah kisah yang diimpikan ini menjadi titik tolak kehidupan aku dan apakah semua ini adalah halangan untuk aku meneruskan langkah seterusnya untuk perjuangan aku kali ini.

"Tidak sama sekali "aku katakan, kiranya halangan itu berbukit akan kudaki sesampai puncaknya.Tetapi dalam lamunan itu aku tersedar yang aku sememangnya berada didalam penjara, tapi bukanlah penjara batu yang aku mimpikan,, tetapi sebaliknya ""penjara hati"" yang aku lakukan sendiri dengan hati dan perasaan aku untuk melalui hari seterunsya, atau kata lain "penjara yang aku buat sendiri untuk menghalang diri sendiri dari melakukan pekara seterusnya mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang terlalu diikutkan"..

...........Dari keputusan yang terpaksa aku buat tempoh hari kini datang lagi satu permasalahan yang  membebani fikiran...

Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Monday, February 25, 2013

Keputusan
Keputusan apakah yang bakal aku ceritakan untuk kali ini,, adakah soal keputusn untuk pertunangan aku ataupun keputusan semester lepas yang amat mengembirakan sehinggakan berniat untuk menerbitkan entri sebegini..Btw semua itu bukanlah persoalan yang perlu anda keluarkan tetapi cuma luangkan sedikit masa dan tenaga untuk membaca sesampai ke akhirnya..

"KEPUTUSAN"sebut saja soal keputusan fikiran aku menjadi separuh mahu dan separuh lagi tidak,, uargggggggh,, memang susah dan betul-betul susah untuk kita putuskan apa yang terbaik untuk diri sendiri bila masa keadaan ini berlaku,, mana tidaknya nak jaga perasaan sendiri perasaan orang sekeliling lagi dan terfikir juga kurang lebih akan keputusan yang dibuat.. dan semua ini memerlukan kekuatan rohani. tak tahan bila dipilih untuk memutuskan dua benda yang terbaik.

Aku dalam dilema soal untuk memilih penginapan aku,, mahunya aku rumah sewa adalah tempat berteduh sesampai semester terakhir, namun disebabkan oleh perkara yang tidak dirancang berlaku sekarang aku terpaksa memilih dua diantara ini,, rumah sewa atau desasiswa??? sewa atau desa...Kalau aku pilih A ada kurang lebih kalau aku pilih B pun sama  ada kurang dan lebih.. mana yang aku nak pilih adalah menjadi persolan utama aku untuk seminggu ini.

Disebabkan berlakunya pekara seperti ini, teringatlah aku akan PLKN yang aku sertai satu masa dahulu.. katanya cikgu" nanti bila masa kamu berada diluar nanti kamu akan terpaksa membuat keputusan secara sorang diri untuk kehidupan kamu". dan sekarang betapa aku sedar bahawa kehidupan ini terlalu banyak keputusan yang pelu kita lakukan untuk diri sendiri.. wassalm.. moga dapat buat keputusan dengan tenang.
Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung
Anroid dan teksi saling memerlukan sekarang


Malaysia semakin maju kehadapan dan berbagai perubahan yang kita kecepai buat masa sekarang samaada untuk kebaikan mahupun keburukan.. Sekarang dikhabarkan pula berita mengenai peranti telefon android boleh befungsi sebagai capaian untuk menaiki teksi,, samada pemandu atau penumpang kesemuanya mendapat manfaat yang sama rata,, pemandu dapat menjimatkan minyak untuk berulang alik dan penumpang dapat mengurangkan masa untuk menunggu dengan hanya menggunakan android ini.. apa kata anda?? tidakkah ini menyenangkan.

Namun,, pemandu yang menggunakan pekhidmatan yang dikenali sebagai unicablink ini perlu mebayar RM180 sebulan untuk sistem yang canggih seperti ini dan kawasan yang meyediakn perkhidmatan ini tidaklah menyeluruh lagi tetapi hanya di Lembah Klang sahaja kot.. kurang pasti sangat..


Ikuti atikel penuh::::

Penumpang teksi sekarang boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android.

Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
 
Sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan lebih selesa, cepat dan cekap.

Teksi yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. Sunlight Unicablink ketika ini mempunyai sekitar 3,000 teksi dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.

Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang akhir tahun ini. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini.

Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain.
INFO: Unicablink
− Dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
− Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus. Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Thursday, February 21, 2013

Kerja Sambilan
Ada ke tak kat sini yang pandai mencari part time job yang senang untuk mendapatkan duit poket lebih??.Aku nak korek resipi la sikit-sikit untuk dijadikan panduan bagi aku memulakan part time job sekarang. Maklumlah sebagai salah seorang yang bergelar pelajar mesti mempunyai masalah dengan kewangan dan kalau nak diharapkan pinjaman yang diperolehi tidak dapat nak menampung manalah  kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Sebarang idea yang bernas dan bermanfaatlah bolehlah dikongsi bersama,, bak kata orang sekadar membantu anak murid yang inginkan pendidikan untuk dimanfaatkan., Aku tengok banyak aje keje yang boleh dibuat dan aku juga berfikiran yang aku teringin nak buat semua itu,, tapi aku tiada jalan yang baik bak kata orangla,, masuk simpang itu salah,, terjun lembah itu tak kena,, menyelam dekat situ tak lama.. bermacam lagila kalau nak diandaikan..

Masalah2,,,
Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Monday, February 18, 2013

Kembali mewarnai..
Hai,(kata sapa dari admin) dan assalamualaikum semua untuk warga blogger dan reader yang sudi bertapak dalam belogisam..Hampir sebulan lebih atau kurang aku menikmati cuti semester dengan baik dan penuh bermanfaatnya.Dan dalam jangka masa ini jugalah aku tidak pernah menanam minat dengan dunia maya,, sebabnya terlalu banyak aktiviti yang boleh aku buat dirumah,, terutama sekali dengan kawan-kawan llama sewaktu zaman persekolahan dulu dan tidak dilupakan juga dengan mata tauk yang sedang menunggu ikan yang kelaparan didalam sungai berdekatan kawasan aku tinggal..ditambah lagi dengan aku punya broadband  terbayar langsung.

Sekarang aku tengah mencari idea yang lebih baik dan bemanfaat untuk dijadikan memori aku sendiri dan juga sebagai jalan cerita  untuk ditatap oleh pembaca lain... cukup disini untuk entry kali ini,wassalam


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung