June 2013 - Isam Ismail

Sunday, June 30, 2013

Aku dan Blog
Assalamualaikum wbt,, hello dan hai para pembaca disini.. Lama tidak berpeluang untuk meluahkan dan menceritakan kisah hidup disini, Dek kerana terpaksa meluangkan masa untuk metelaah segenap apa ilmu yang belum difahami bagi menduduki peperiksaan akhir..

Tetapi semuanya sudah berakhir.. Sekarang aku berada di dalam kawasan Selangor untuk menghabiskan sisa-sisa yang berbaki sebelum menyambut hari raya dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat bagi aku serta orang disekitar aku..

Mencari kerja part time sudah menjadi lumrah bagi aku apabila cuti semester bermula,, tak kira lah lama ke sekejap ke,, janji ada yang masuk dalam poket untuk aku buat raya tahun ni.. huhu.

Kepada manager atau bos-bos yang mencari pekerja part time bolehla hubungi aku untuk diletakan jawatan sekian-sekian,, hah,, aku ni flexible orangnya,, semua kerja akan aku buat janji satu je halal dan tak syubahah..

Orang kata sekarang kerja tak boleh nak pilih sangat, sebab banyak competitor dekat luar sana, tetapi perlu diingat bukan semua tu tak boleh memilih,, perlulah mengikut kesesuaian dengan diri sendiri gak,, bukan main redah je..

Aku rasa ini saja kot untuk isi yang pertama sebelum update seterusnya,, maklumlah tengah menyusun idea dan strategi untuk terus berada setanding dengan orang yang berjaya diluar sana..

sAlAm blogmimpisemalam.blogspot.com








Saturday, June 15, 2013

Alhamdulillah: Impian Memiliki Lesen B2&D Tercapai
Setelah sekian lama aku memendam impian untuk memiliki lesen memandu yang tertera didalam dokumen itu nama aku, ic aku, alamat aku dan juga status lessen itu sendiri. Akhirnya hari ini tertunailah segala hajat aku dengan penyerahan lessen P dari agen aku ke tangan aku sendiri.. Syukur.

Dari awal semester tahun satu pengajian lagi aku memendam satu impian yang akan aku kecapi dalam masa tertentu, Dan ternyata dengan izinNya semester terakhir tahun dua aku berjaya memilikinya dan kisahnya dari awal lagi aku memang mengharapkan masa aku memperolehinya adalah akhir semester tahun dua.. (lega rasa hati dengan harapan yang aku tanam berjayai akhirnya)

Namun disebalik kejayaan ini terselit beribu keindahan dan kesakitan yang terpaksa aku hadapi semasa dan sebelum ujian JPJ berlangsung. Suatu ketika dahulu aku ada menyatakan yang aku gagal dengan ujian JPJ disebabkan oleh perkara yang tidak patut aku lakukan (sini).

Sebelum ujian JPJ aku terpaksa membuat ulangan bagi ujian computer disebabkan satu nilai dibelakang markah lulus iaitu 41/42.. hahha.. Bengan rasa hati ni.. satu je yg memisahkan..

Tetapi segalanya belum berakhir apabila aku membuat kesilapan semasa hari pertama aku memandu kerete(maklumlah,, first time jadi drebar). Kereta yang aku bawa mendaki divider jalan dalam litar, diikuti dengan enjin mati,,, kunci patah.. (dugaan). Bukan setakat itu,, dapat pulak hadiah gelak ketawa dan senyum pelik dari calon lain dekat sekolah memandu,masa ni ramai plak orang yang buat latihan..(simpan muka dalam kocek@saku).hah

Sekadar tu saja kot kenangan aku,, walaupun yang lain banyak lagi,, tapi kalau nak tahu cerita lanjut,pm la yer. Kenangan kadang-kadang membuat kita tersenyum apabila kita memikirkannya kembali.. Tanpa kenangan, kepahitan, cabaran, kasih sayang, tak rasa pun kita hidup di muka bumi ini,, dan kehidupan adalah kenangan (mimpi semalam juga kehiudupan)


Friday, June 14, 2013

Nak Menang 30 Helai T-shirt Free
Assalamualaikum wbt.. entry sebelum ini ada menyentuh mengenai  segmen yang dianjurkan oleh T-shirt  mudah Terengganu dan pemenangnya bakal memiliki tengok sini. Oleh itu, ini adalah entry kedua yang  akan membicarakan lagi mengenai segmen yang disertai ini,, tetapi kandungan dia agak lain dari yang sebelumnya.

Nak dimulakan,tak berbaloi kalau join segmen dan  tak nak hadiah yang diberi,,, Kalau macam tu baik tak payah join awal2.Hu3..Mestilah aku join ni sebab aku nak hadiah percuma tu,tak selalu nak dapat percuma dan bukan murah nilai harga sponsor bagi, main makan ratus law nak tempah dekat luar sana. Tapi da alang-alang ada orang nak sponsor, aku amik je peluang yang keemasan ini.. Tak kesah pon apa keputusan yang aku dapat.Menang atau  dapat belakang kira.hu3

By the way,, sponsor suruh aku lengkapkan entry ini dengan menyatakan strategi  sekiranya aku menang dan hendak menganjurkan GA yang ramai pesertanya dengan hadiahnya 30 helai T-shirt itu..

  •  Yang pertama aku akan bekerjasama dengan rakan blogger yang terdekat,,(kawan)
  •  Hebahkan segmen  dalam pages atau group 
  •  Invite dan invite rakan
  •  Bagi ayat yang manis sikit (cairla diorang tu)
  •  Buat GA yg simple tapi padat
  •  Yang percuma pasti mahu... (peserta just make simple entry and drop komen)
Contoh mug printing by mudah Terengganu T-shirt



Terima kasih kerana membaca entry ini,, sudila komen,, ada salah pon boleh tegurrrrrrr.....

                       



T-shirt Printing Murah dari T-shirt Mudah Terengganu
T-shirt Mudah Terengganu kali ini telah membuka satu segmen untuk menaja 30 helai baju  percuma kepada seorang pemenang dan tiga lagi hadiah yag berlainan yang berupa T-shirt  dan mug yang dicetak dan dikeluarkan sendiri oleh T-shirt Printing Murah dari T-shirt Mudah Terengganu.

Anda yang mempunyai kriteria yang dikehendaki oleh  T-shirt Mudah Terengganu  bolehlah menggunakan peluang yang dibuka oleh pihak penganjur bagi  merebut hadiah-hadiah tajaan T-shirt Printing  Murah dari T-shirt Mudah Terengganu sendiri.

Sedikit mengenai  syarikat adalah,T-shirt Mudah Terengganu merupakan sebuah syarikat berdaftar yang menyediakan perkhidmatan cetak baju atau tshirt printing,juga perkhidmatan mug printing dengan harga yang murah. Selain itu mereka  juga merupakan pembekal peralatan silkscreen di pantai timur terutamanya di Terengganu, Malaysia.(Bangga jadi anak Terengganu)

Antara hasil yang berjaya dikeluarkan oleh syarikat untuk kegunaan masyarakat umum adalah seperti yang berikut: 


MUG

T-shirt
Terima Kasih atas pembacaan anda,, sudilah jengah lagi dan jangan takut tinggalkan komen disini..

Sunday, June 09, 2013

Hanya di Dubai : Polis menggunakan Lamborghini Aventador
This is Dubai k,, not Malaysia.. Tapi aku bangga menjadi anak Malaysia walaupun polis Malaysia tidak mampu nak pakai lamborghini sebagai kereta utama,, cukuplah dengan evo yang Malaysia ada,,.

Dubai telah berubah sepenuhnya dari padang pasir kepada sebuah negara yang maju yang mempunyai pendapatan yang tinggi,, bertuah kepada sesiapa yang dapat menjejakkan kaki ke Dubai dan bertuahlah polis  Dubai sekarang kerana mempunyai jentera yang mahal dan susah dimiliki oleh orang lain.

Agaknya lumba haram da lama lingkup dengan adanya lamborghini aventador dan beberapa buah  kereta lain lagi..Berikut adalah aset yang dimiliki oleh polis Dubai::

CAMARO SS

6.2 liter v8...426 horsepower..0-100 kmph in 4.7s


MERCEDES SLS

0-60 mph < 4.0 s ...$200,000...2 pintu $200,000


FERRARI FF

6.3 liter v12...660 horsepower...0-100 kmph in 3.7s.. female officer only

 BENTLY CONTINENTAL GT

kereta 2013 $175,000-$215,000


ASTON MARTIN ONE-77

luxury brand..hanya 77 buah dihasilkan...$ 1.79 m


LAMBORGHINI AVENTADOR

6.5 liter v12...700 horsepower...0-100 kmph in 2.9s


 BMW

BMW pon jadila

Pendapatan utama bagi negara Dubai  tidak sepenuhnya bergantung kepada sumber galian minyak, tetapi mereka mempunyai sumber lain yang mampu menjana pulangan seperti pelancongan.(nak tahu google,, syok buat research mengenai dubai ini).

Salah satu faktor tarikan pelancongan yang dimilki Dubai adalah kereta polis termahal didunia..


Monday, June 03, 2013

Lantana "Mimpi Semalam"
Meh layan lagu dipetang hari yang mengantuk sangat

Semalam aku bermimpi
Bukan mimpi di siang hari
Mimpinya di subuh pagi
Mimpi hati adik di curi
Ku tanya papa dan mama
Jawab mama tidak mengapa
Ini pula jawabnya papa
Papa bilang dia tak setia

Bimbangnya hati aku jadi bimbang
Bimbangkan jawapan diberinya papa
Sungguh hati ku tak senang
Bila kasih di rantau orang
Jiwa ku jadi tak tenang
Teringatkan mimpi semalam
Bayangnya jauh dimata
Takut sayang tidak setia
Kalau boleh aku inginkan
Lihat sayang di depan mata
Tenteram baru hatiku tenteram
Bila sayang bila sayang di depan mata
Cintanya kita dik jangan kau dusta
Walau jarak ini memisahkan kita
AKu di sini sedang engkau di sana
Makin gila adik rindu yang ku rasa
Saat bersamamu ku rasakan bahagia
Bilakah agaknya dapat kita bersama
Katanya mamaku rasakan lega
Bicara papa menambahkan curiga
Namun ku serahkan segala kepadaNya
Moga cinta suci ini kan dijaga
Dalam hatiku ini hanya kau saja
Moga di hatimu pun begitu jua
Doakanlah mama aku kan bahagia
Katakanlah papa dia kan setia


Samsung Galaxy note II vs Samsung Galaxy sIII mini
Assalamualaikum wbt,,



Jejalan sekitar bandar Batu pahat hari ini ingatkan nak bebaskan diri dari memikirkan final paper yang akan diduduki seminggu dari sekarang..Tetapi dalam perjalanan terniat plak nak survey sedikit kelebihan telefon samsung yang semakin hot sekarang. "Yes",, samsung galaxy bakal menjadi pilihan gadjet aku selepas ini setelah sekian lama setia dengan nokia 3310.ha3.. Mana mungkin impian yang selama ini aku dendamkan akan dapat dilunaskan dengan langkah pertama mencari kelebihan yang terdapat pada telefon samsung galaxy..

Langkah pertama adalah mencari kelebihan telefon idaman iaitu Galaxy Note II yang bernilai RM2000++ dibandingkan pula dengan pilihan yang kedua Galaxy sIII mini yang bernilai RM900++. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan dan yang paling aku nampak Galaxy Note II lebih menyerlah berbanding dengan Galaxy sIII mini dan harganya pon jauh berbeza nak dibandinngkan...

Ewahhh,, dah rambang mata aku sekarang,, mana nak pilih untuk kegunaan masa hadapan ni,, ada cadangan yang paling baik tak???

Dan melalui internet plak aku dapat tahu yang Samsung Galaxy Note 11 lebih mengancam dengan 14 kelebihan dibalas 6 kelebihan dari Galaxy S III mini..(No comment)

Berfikir sejenak apa yang terbaik...

sumber: