- Isam Ismail
||Admin Mat|| Nama yang diberi ialah Mb Isam Ismail, disini aku menggelarkan diri dengan admin Mat. Mat aper? Mat eseaym.

Siapakah Admin Mat??

Seorang penulis bebas, bebas menulis, bebas mengolah, bebas bercerita tentang kehidupan, asam garam, pahit manis, cinta, info dan kehidupan seharian. Bermula dengan saja-saja mempelajari dunia penulisan blog pada tahun 2012 tetapi sekarang tidak sengaja menjadi suka untuk mengolah kehidupan melalui penulisan blog juga.



Juga seorang penulis, yang suka kepada kopi suam kurang manis bersama roti bakar di pagi hari. Menyukai aktiviti lasak dan tenang dengan pengembaraan ke dalam alam semulajadi.



Penafian Admin Mat

“Manusia kalau tidak melakukan silap, itu bukan manusia”, Biasa dan kebiasaan manusia tetap akan melakukan kesilapan, sedar atau tidak sahaja untuk mengakuinya. Yang ego membuta tuli sukar mengakui salah, yang mempunyai naluri memahami salah biasanya dibetulkan dengan kemaafan. Admin mat dengan ini menafikan sini segala karya dan penulisan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak, segala karya dan penulisan tidak berkait dengan mana-mana pihak sehingga dinyatakan maklumat. Komentar yang berunsur negatif adalah naluri biasa manusia dan biasa dikeluarkan diatas ketidakpuasan terhadap perkara luar biasa mahupun biasa.
 
Takkan berhenti meneroka dunia
Sehingga jasad ini tiada”..
“Walau dilihat biasa
Tetap ingin menjadi seorang yang luar biasa”.
-admin Mat-


Dari penulis belogisam.blogspot.my “admin Mat”

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012