2016 - Isam Ismail

Thursday, October 13, 2016

WOW!!!SELUAR TACTICAL 5.11 DAH BOLEH BELI ONLINE

||WOW!!!SELUAR TACTICAL 5.11 DAH BOLEH BELI ONLINE||Dulu bukan main susah lagi nak dapatkan sehelai seluar tactical 5.11 ini. Terpaksa pergi GM Klang untuk dapatkan dengan harga yang murah dan perkhidmatan terbaik, Kalau pergi pasar malam pun barang tidak secantik GM.  Namun dengan kemajuan IT segalanya telah berubah. Seluar Tactical 5.11 sudah boleh diperolehi melalui pembelian di dalam talian. Harga tidak lah begitu mahal. Orang kata berbaloi dengan kualiti yang diberikan.

Nak Tanya??ada yang mencari Seluar Tactical 5.11 macam aku tak?? Kalaulah ada, korang boleh singgah FacebookSeluar Tactical dan berurusan dengan brader mat, Kalau tak sempat singgah facebook sebab teruja sangat, korang boleh berurusan dengan whatsapp terus, ni no dia 01120589921. Jangan risau brader mat ni tulus orangnya dalam menjalankan perniagaan dalam talian.

Tahu atau tidak, seluar tactical ni ada keistimewaan yang dikehendaki oleh penggemar aktiviti sukan lasak terutamanya seperti diperbuat dari material jenis RIP-STOP (canvas) yang membolehkan seluar cepat kering, mudah dipakai, sangat bergaya, sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan lasak, rekabentuk zip tepi dengan poket yang banyak dan kemas tersusun.

Selain Seluar Tactical 5.11,, brader mat juga ada menjual dan membekal barangan lain seperti, tali pinggan tactical, eyewear ess crossbrow dan eyewear tactical 5.11, ada juga menjual beberapa jenis t-shirt limited edition.

Haaa,Itu saja informasi yang berguna untuk peminat aktiviti sukan lasak. Jangan lupa hubungi brader mat untuk urusan pembelian Seluar Tactical 5.11. Menurut maklumat juga, seluar ini merupakan item cepat terjual dengan beliau, kekadang-kadang tengah bungkus barang untuk hantar post pun order masuk. Giler arghh laku keras.


Owh lupa,, brader mat ada mention juga, kalau ada sesiapa berminat nk tambah pendapatan dengan jualan barangan tactical dan aktiviti outdoor ni, whatsapp je brader mat kata nak jadi agent. Tak ramai agent yang dicari,, cukup 15 orang dia tutup kuota kali..

Apa lagi cuci mata dengan barang jualan brader mat.

Seluar Tactical 5.11 terdiri dgn 4 pilihan warna dan saiz yang berbagai

Spek 5.11 dengan hadiah percuma 3 jenis kanta

Spek ESS Crossbow dengan hadiah percuma 3 kanta

Tactical Belt dengan 3 pilihan warna harga yang berpatutan


Saturday, September 10, 2016

Projector- Pasti Ada Kamu (Lirik)
Projector- Pasti Ada Kamu (Lirik)

       

Selalu disakiti
Dalam diam aku terluka
Selalu ku bersedih
Dengan sikap ego tinggi kamu

Puas ku bersabar denganmu
Puas ku katakan kepadamu
Jangan ikutkan segala nafsu

Puas ku cuba memahamimu
Puas sudah ku dengan caramu
Kiniku hilang rasa cintamu
Maafkanlah………………
                                                                                                                                              
Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU     2x

Wooo ohhh….
Pasti ada kamu

Ulang

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Aku yang kau cinta
Takkan pernah ada
Aku yang kau sayang
Hilang  selamanya

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Wooo ohhh….    2x
Pasti ada kamu


Monday, September 05, 2016

Siapakah Projector Band Sudah Ku Tahu
||Siapakah Projector Band Sudah Ku Tahu|| Siapa sangka lagu Sudah Ku Tahu nyanyian Is berjaya menawan carta lagu paling disukai peminat. Meletup boom boom. Sekarang lagu ini sedang berada di dalam carta muzik-muzik. Lirik lagu sudah Ku tahu yang ditulis semasa Band ini belum meningkat naik mendominasi carian tertinggi disini.

Sudahkah anda mengetahui siapakah Projector Band yang pantas mencipta nama dalam dunia hiburan ini?. Sedikit sejarah yang berjaya diperolehi melalui kajian media, Band ini bermula dengan tiga orang ahli Iskandar, Razif dan Ahmad Khusairi dan ditubuhkan pada disember 2013 di Selangor. Dengan tekad dan komited untuk membawa naik band, mereka bertiga tetap bertahan walaupun ahli kumpulan mereka silih bertukar ganti.

Sekarang, Projector band mampu berbangga dengan lagu Sudah Ku Tahu dan telah dianggotai oleh lima orang anak muda yang dikenali

·         Iskandar Zulkarnain Shafin,23 (Vokalis)
·         Razif Zainuddin,24 (gitar utama)
·         Isnaidi Eidham Razali,21 (gitar kedua)
·         Ahmad Khusairi  Shaferi,26 (gitar bass)
·         Syafiq Zainuddin,22 (Drummer)
Sumber : Facebook
Tahukah anda, Single pertama lagu SudahKu Tahu yang dinyanyikan Is yang bersuara lantang diilhamkan melalui kisah benar Razif yang disusun ketika dirinya berhadapan dengan saat sukar. Kalau difahami lirik, memang betul lagu ini mengisahkan kisah sukar. Moga bertabah saudara.

“Aku yang terlihat, Pasti Ada Kamu”

Ada ceritanya Projector Band bakal mengeluarkan Single keduanya nanti Pasti Ada Kamu. Kita tunggu perkhabaran yang baik-baik dari band ini. Kalau rasa nak dengar single kedua Projector Band boleh layari Facebook mereka. Eyh, sudah ada lirik lagu Sudah Ku Tahu ?

Fakta Projector Band yang Perlu diketahui

·         Ditubuhkan pada Disember 2013 dengan bermula tiga orang ahli
·         Single Pertama Sudah Ku Tahu
·       Dilamar syarikat rakaman MAPMUSIC pada 11 disember 2015 untuk membantu urusan pengurusan dan promosi
·         Bakal mengeluarkan single kedua

Lirik Lagu Pasti Ada Kamu -Projector Band

Saturday, September 03, 2016

Panduan LULUS Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang
||Panduan LULUS Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang||Bagaimanakah dengan persediaan calon-calon MUET untuk lulus dengan cemerlang?. Sudahkah calon mempunyai panduan atau petua yang boleh digunakan semasa peperiksaan? Atau calon-calon masih berdiam diri membisu seribu kata kerana takutkan peperiksaan MUET?. Untuk LULUS calon-calon tidak boleh mengambil mudah dengan peperiksaan MUET dan mesti terus mencari cara atau kaedah yang betul.
 
“Dua kali saya menduduki peperiksaan MUET dan keduanya hanya mendapat band 2”

Ramai yang berfikir dan mula sedar dengan kepentingan peperiksaan MUET untuk kegunaan pada masa akan datang. Mana tidaknya, pelajar lepasan SPM & STPM perlu lulus peperiksaan ini untuk melangkah ke IPT. Manakala mahasiswa/si pula perlu lulus sekurangnya dengan Band 3 sebelum layak untuk dianugerahkan bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysi (UTHM). Syarat MUET untuk penganugerahan mungkin berlainan mengikut Universiti.

Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan calon untuk memperolehi jurusan yang diidamkan di Universiti kelak. Mahu atau tidak, calon terpaksa mengulangi lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa selama 6 bulan lagi.

Panduan MUET Rujukan Calon Untuk Lulus Cemerlang

Sebagai persediaan untuk LULUS cemerlang dalam peperiksaan MUET, saya sarankan calon-calon mendapatkan tips dan petua dengan Panduan MUET.  Setiap kejayaan datangnya dari pengorbanan, jadi bukannya sesuatu yang sukar bagi calon berkorban seketika bagi mendapatkan sesuatu yang menjadi kepentingan untuk masa hadapan calon itu sendiri.

Fahami format dan kehendak peperiksaan itu sendiri adalah penting, dan disini caranya Panduan Muet.

Ø  Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
Ø  Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
Ø  Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
Ø  Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
Ø  Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET

“Sebelum ini tiada persedian untuk menghadapi MUET, namun segalanya berubah dengan rujukan Panduan Muet



Ilmu kalau dicari akan dapat akhirnya, untuk menghadapi peperiksaan MUET kali ketiga, Panduan MUET menjadi rujukan untuk memperbaiki kelemahan diri. Tiada persediaan pada saat akhir lagi, segalanya dilakukan sebulan awal sebelum peperiksaan dengan rujukan dari PanduanMUET.

Tiada kejayaan tanpa usaha. Untuk calon-calon peperiksaan MUET saya mengucapkan selamat maju jaya dan Berjaya LULUS dengan cemerlang peperiksaan muet kali ini dengan bimbingan Panduan MUET.

“USAHA TANGGA KEJAYAAN”
“HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH”

Panduan LULUS Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang bersama Panduan MUET.

Friday, September 02, 2016

“Highpoint Kota Bharu” Pusat Servis Barangan Elektronik Berjenama ACER

||“Highpoint Kota Bharu” Pusat Servis Barangan Elektronik Berjenama ACER||Highpoint service center merupakan pusat hentian untuk mendapatkan jaminan kerosakan dan baikpulih barangan elektronik berjenama ACER khasnya. Untuk jenama ACER sahaja ke? Rasanya jenama ASUS atau ZTE boleh juga mendapatkan khidmat baikpulih disini.

Selang beberapa bulan aku membeli Notebook pada bulan september 2015 tahun lepas. Sekarang notebook yang dipakai mempunyai masalah dengan keypad “```````````````````” seperti tersekat. Kerja asyik tertangguh, sebabnya serabut dengan auto typing. Bila padam “backspace” makin bertambah , seolah-olah pad “backspace” tidak berfungsi. Dan sementara mempunyai waktu terluang, aku pergi mendapatkan jaminan kerosakan di cawangan highpoint Kota Bharu.

Hairannya,tidak semua negeri mempunyai cawangan Highpoint Service Center. Ada negeri yang mempunyai beberapa cawangan dan ada negeri yang langsung tidak mempunyai cawangan seperti negeri yang aku berada sekarang iaitu negeri Terengganu. Jadi terpaksa rajinkan diri ke Kota Bharu untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Pemanduan dari Bandar Permaisuri ke Kota Bharu sudah mengambil masa selama dua jam, redah jalan jam, hadap pula kenderaan tukar laluan tanpa signal, kalau aku pandu auto boleh diambil kira, tapi kalau pandu manual dan perangai memandu macam auto terlupa tekan clutch mati tengah jalan bila break kecemasan mak oiiiii.. ahaha

Ini kali kedua notebook yang dibeli perlu diserahkan kepada Highpoint Service Center, Kali pertama dihantar ke Highpoint Service Center Plentong, Johor Bharu untuk masalah window yang tidak stabil. Sekarang masalah kedua pula. Kurang berkualiti ke barang ACER ni? Sebabnya ACER yang dipakai sebelum ini sudah mencapai umur 8 tahun, kena upgrade RAM sahaja untuk melajukan speed, itu sahaja.

Aihhhhh, tetapi cabaran untuk mendapatkan jaminan kali kedua memang menjengkelkan perasaan aku yang datang jauh dari negeri jiran. Nasihat untuk mereka yang berhajat mendapatkan jaminan pembelian dekat Highpoint Service Center, pastikan resit pembelian dibawa bersama, kalau boleh dengan kotak dan wordwide warranty card  sekali bawa. Masa dekat Johor dia scan bar code belakang notebook sahaja untuk jaminan. Tetapi akunya jaminan seperti bermasalah dan terpaksa dirujuk kembali dengan kedai untuk menyelesaikannya.

Pada yang berada di luar negeri Kelantan dan Terengganu mesti ingin mengetahui cawangan Highpoint Servie Center yang berdekatan. Di bawah adalah senarai  alamat dan cawangan Highpoint Service Center di seluruh Malaysia. ‘Setting” waze dan pandu berhati-hati untuk tempat yang anda tuju. Aku lupa nak dapatkan gambar cawangan Highpoint Kota Bharu, maklumlah kecewa. Mungkin gambar ehsan google boleh membantu.

Nampak tak perangainya.
Kota Bharu
1701, Tingkat Bawah Paya Bemban,
Taman Sari, Jalan Hospital,
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7470962

Kuantan
B180, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek,
25000 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5171833

Melaka
17, Jalan Melaka Raya 13,
Taman Melaka Raya,
Melaka 75000
Tel : 06-2817434

Seremban
56G, Lorong Haruan 5/2,
Oakland Commerce Square,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-6012060

Johor Bharu
17, Jalan Sri Plentong 3,
Taman Perindustrian Sri Plentong,
81750 Masai, Johor Bahru.
Tel : 07-3886890

Kluang
No.26, Jalan Gunung Lambak 1,
Taman Gunung Lambak,
86000 Kluang, Johor.
Tel : 07-7714581

Ipoh
No.45, Jalan Medan Ipoh 2,
Bandar Baru Medan Ipoh,
31400 Ipoh, Perak.
Tel : 05-5455818

Penang
Wisma Perkeso Pulau Pinang
Level 5 (Left Wing), Block B,269, Jalan Burma,
10538 Georgetown, Penang
Tel : 04-2282537

Kota kinabalu
Lot 38 & 39, Lorong Karamunsing A
Karamunsing Warehouse,
88100 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-270899

Untuk cawangan yang tidak disenarai, anda boleh merujuk kepadaHighpoint Service Center untuk lokasi yang berhampiran anda. 

<<Update Sept 16>> Sebenarnya ada sahaja pusat service di Kuala Terengganu, mungkin aku terlepas pandang,

Monday, August 15, 2016

Bukit Keluang Besut, Antara Tiga Puncak
||Bukit Keluang Besut, Antara Tiga Puncak|| Enam ogos 2016 terlaksana jualah satu trip santai ke Bukit Keluang Besut Terengganu. Rancangan untuk menaiki puncak Bukit Keluang bermula seawal tiga minggu sebelumnya.

Perjalanan kami satu kumpulan seramai lima orang yang disertai oleh bekas pelajar Sekolah Menengah dan bekas pelajar Matrikulasi Kedah serta ahli tambahan bermula seawal jam 7 pagi dan hanya pada jam 8 pagi barulah kami bergerak dari tempat berkumpul ke Bukit Keluang melalui jalan pantai dari Chalok. 

Kira-kira satu jam perjalanan kami tiba ke destinasi dengan menggunakan papan tanda sebagai rujukan dan sedikit sebanyak panduan dari jurupandu ahli kumpulan yang pernah sampai kesini, tetapi belum pernah ke puncak. Kawasan Bukit Keluang ini senang dicari dengan menggunakan pandu arah Kg.Raja dan Tembila sahaja, tetapi perlu diingatkan terlalu banyak simpang dan bulatan yang perlu dilalui. 

Setibanya di lokasi kami sangkakan tidak ramai yang mengunjungi kawasan bukit ini, namun sangkaan meleset sama sekali, ramai pendaki-pendaki muda, pelajar sekolah mahupun keluarga memenuhi kawasan bawah bukit yang dipenuhi dengan deretan gerai maka. Kata hati “ramai gak orang dekat sini, comel lote lok”.

Pendaki mempunyai pilihan sama ada hendak meletakkan kenderaan berdekatan dengan laluan bertangga mahupun meletakkan kenderaan di kawasan laluan bukit landai yang mana dari simpang masuk kekiri adalah laluan bertangga dan kekanan adalah laluan bukit landai, perlu memandu lagi sejauh 500 meter kehadapan. 

Kami berlima membuat pilihan untuk meletakkan kenderaan di kawasan letak kenderaan berhampiran laluan bertangga dan berjalan kaki ke laluan bukit landai sejauh 500 meter sebelah kanan. Motifnya, bila turun dari bukit tak susah-susah nak berjalan lagi. Lagi satu, laluan bertangga sedikit mencabar untuk beginner dan laluan bukit landai amatlah sesuai dinaiki dan turun melalui tangga tapi “mak  ai tangga dia curam dan tinggi giler”.

Kawasan Parking yang luas untuk aktiviti warm up
Jam 9.15 minit pagi, kami berlima memulakan misi menaiki bukit keluang melalui laluan bukit landai, semangat , teruja , wah cantik giler hutan. Selang 10 minit kemudian kami sampai ke kawasan wakaf, separuh jarak untuk tiba ke puncak pertama. Masing-masing dah berpeluh, letih, dan cuba mendapatkan nafas yang dalam. Aku ni plak naik cuak tengokkan ahli yang termengah mendapatkan nafas. Mana tak cuak weh…..anak dara orang.

Antara Tiga Puncak

Tetapi masing-masing mempunyai tekad untuk menjejaki puncak, jadi aku hanya ‘follow’ dari belakang untuk memastikan keselamatan mereka. Ketika ini, ramai adik-adik dan keluarga turut serta mendaki, kami bersaing, tetapi adik-adik yang comel berjaya tiba di puncak pertama terlebih dahulu . Ahaha. Semasa kami berlima tiba di puncak pertama, keterujaan kami menyerlah  melihat beberapa kumpulan berkumpul memenuhi puncak. Seronok, rasa bersyukur dengan keindahan ciptaan tuhan, rasa kerdil hati ini menikmati keindahan alam. 

Pulau berbentuk “Ikan Paus” atau dikenali sebagai Pulau Rhu (mengikut maklumat kakak boat) adalah pemandangan pertama yang boleh dinikmati disini. Layan habis pemandangan Laut China Selatan, air membiru dan keadaan sedikit berkabus memberikan kami pandangan yang terhad.

Nampak tak kepala ikan paus yang besar tu?
Tidak lama kami disini, lebih kurang 15 minit, seperti semuanya cergas, kami kembali bergerak ke puncak kedua,semakin tinggi semakin cantik pemandangan. Kelihatan batu dan pasir pantai dipukul ombak memutih dibawah. Disini kami mengambil masa untuk bergambar kenangan secara solo dan berkumpulan. Terdapat satu bongkah batu kecil yang unik, sekiranya kena dengan gaya dan kreatif, pendaki boleh mengabadikan kenangan dengan gambar yang cantik.

Test camera handphone member di kawasan bukit kedua
Tiga puluh minit berlalu, pendaki dipuncak tertinggi Bukit Keluang berdekatan dengan wakaf besar sentiasa bertambah dan berkurangnya itu sedikit. Hiraukan dengan penambahan pendaki dan cuaca semakin panas kami berpindah ke puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan yang baru sekaligus menamatkan puncak ketiga di Bukit Keluang dengan bergambar bersama papan arah Negara. Hajatnya ingin bersarapan di wakaf ini, tetapi kelihatan ramai pendaki memenuhi wakaf, kami batalkan sahaja niat itu, lagipun masing-masing dalam keadaan kenyang.

Yang ni, da ramai yang turun, kalau tidak beratur memanjang
Yang ni adik-adik SMA Setiu tu. yang baju purple.aha
Kebetulan, pada masa yang sama sempat berjumpa dengan adik-adik Sekolah Menengah Agama Setiu “Dahaga,dahaga, rugi tak bawa air” itu sembang antara mereka. Memanjat tanpa bekalan air. Aku plak bawak air 1.5 liter untuk berlima tapi masing-masing sudah mempunyai air sendiri. Jadi dengan lebihan yang ada, adik-adik dapat merasa air kosong berwarna putih tanpa kemanisan tapi penuh dengan kenikmatan..Hahhaa..

Kami berlima mengambil nafas yang dalam kerana laluan menuruni bukit agak mencabar. “Jom turun!!” Jerit siapa entah. Perjalanan menuruni bukit mengambil masa yang lama dari mendaki disebabkan langkah berhati-hati dengan akar kayu dan batu yang tajam sepanjang laluan. Jadi peralatan mendaki yang sesuai diperlukan dan bukannya berselipar macam aku.

Sambil berjalan menyusuri laluan, singgahlah menikmati pemandangan di beberapa hentian kerana setiap hentian menyajikan pemandangan dan sudut yang berbeza bagi menikmati keindahan Laut China Selatan. AWAS!!!!! Perlu dingatkan, tiada pagar dan tiada tanda amaran merbahaya diletakkan, jadi tahap keselamatan diri sendiri dan kumpulan perlu dijaga sebaiknya.

Cabaran untuk pendaki “beginner” teruji di laluan ini, tahniah kepada pendaki baru yang berjaya menamatkan trips choki-choki panjat dan turun Bukit Keluang, sememangnya laluan mendaki bertangga agak mencabar dan berbahaya sekiranya tidak berhati-hati pada yang baru mahupun lama. Laluan yang curam, dengan batu yang tajam dan berakar boleh menyebabkan pendaki cedera.

Track mendaki turun, kalau naik ikut anak tangga tempuh jalan berlubang ini dahulu
Antara curam dan tinggi anak tangga dia, hati-hati woiiii
Ajak selfie mesti ramai yang follow belakang
Donut Boat Tak Rancang Pun

Turun dari bukit kami diseliputi debu, musim kemarau ketika ini. Nak mandi tak bawak persalinan, Jadi kami singgah tepi pantai makan-makan dan jalan-jalan sampai lencung kemudian “craving” tengok orang naik banana boat. wuhuhuh. Alang-alang dah lencung, member kata, “jom naik yang tu?” “ Yang mana?” “Yang laju takdiee”.. Setuju ajelah kita.

Perasaan yang mahal, get read untuk masuk laut
Selepas merasa donut boat, senyum ada ikhlas ke tu?
Bayaran RM20 untuk satu kepala dikenakan. Untuk satu Donut Boat jumlah dia RM60, boleh dikatakan mahal, sebabnya kalau Banana Boat satu kepala RM10 dan boleh naik ramai lagi dari Donut Boat. Tetapi kami tekad mencuba Donut Boat, sebabnya antara berlima cuma tiga yang berkeinginan untuk naik, cukup la kan, laju dan mencabar satu hal lagi. Penghujung trip Donut Boat aku rebahkan diri ke dalam laut, seronok sangat tambah pening, tambah nak naik laju lagi. Ahhaa. (Bole visit ig untuk video dan gambar)

Okey letih menaip, itu sahaja kisah disebalik trips choki-choki panjat dan turun  bukit Keluang Besut Terengganu. Dibawah aku senaraikan kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan disini.
#Misisepuluhpuncak #mencariertidancintahati 

Aktiviti Bukit Keluang
1.       Panjat bukit
2.       Layan sunrise & sunset (kena set waktu untuk naik)
3.       Banana Boat
4.       Donut Boat
5.       Pusing Pulau Rhu (bentuk ikan paus atas puncak bukit)
6.       Mandi Pantai
7.       BBQ
8.       Belon Gergasi
9.       Minum santai
01.   Family Day
11.   Menunggang Kuda (kanak-kanak)

Kemudahan Bukit Keluang
1.       Parking  
2.       Chalet
3.       Gerai makan
4.       Toilet
5.       Bilik Mandi & Persalinan
6.       Bangku Rehat
7.       Pantai Bersih
8.       Jodoh cantik-cantik

Ketika mendaki naik, laluan yang biasa dan penat bro.

Laluan pertengahan, ketika mendaki turun, berakar dan curam.  selfie dan keselamatan diutamakan

Admin rasa best giler dengan view dekat sini, tak nak gerak turun woiiii

Satu lagi spot yang menarik, tapi hati-hati dengan cerung

Jom abadikan kenangan untuk bukit ini..apa ada kisah

Kalau ronda kawasan tepi pantai mesti jumpa peninggalan ini, berdekatan dengan gua.
Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM
||Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM||

http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html

Nak turut serta admin mat join giveaway ni, berani la klik banner yer.. ehe

Sunday, August 14, 2016

Bila Aku…
||Bila Aku…||

Bila aku umur 4 tahun
Dipandang langit luas terbentang
Mahu hidup seribu tahun mendatang

Bila aku umur 6 tahun
Tadika menjadi rutin harian
Belajar berkawan dengan perempuan

Bila aku umur 8 tahun
Pagi petang mencari teman
Tanah dan air adalah permainan

Bila aku umur 10 tahun
Dalam pelajaran akulah yang kebelakang
Nakal penuh dengan kejutan

Bila aku umur 12 tahun
Malas dan takut dua perasaan
Orang belajar kita di taman permainan

Bila aku umur 14 tahun
Cinta mula bertunas
Belum lagi mekar sudah dicantas

Bila aku umur 16 tahun
Tiada lagi cita-cita untuk masa hadapan
Angan-angan tetap keutamaan

Bila aku umur 18 tahun
Kemana hala tuju dalam perjuangan
Pilihan menghantui kehidupan

Bila aku umur 20 tahun
Matrikulasi bukan pilihan
Diploma, tingkatan enam menjadi pertaruhan
Universiti  di dalam tangan
Duit pula menjadi halangan

Bila aku umur 22 tahun
Cinta datang dan cinta pergi
Manusia datang berlalu pergi
Pengalaman baru mula diterokai
Putus asa hampir memusnah diri

Bila aku umur 23 tahun
Ijazah ke penghujungnya
Hadiah untuk orang tua dan keluarga
Permulaan sebuah kerjaya
Tapi apakan daya aku belum bersedia
Bila aku umur 24 tahun
Sorang-sorang dalam perjuangan
Mencari rentak untuk kejayaan
Kau Tak payah la isam!!!!!!!
Kau akan rebah dalam perjuangan

Bila aku umur 24 tahun
Perlu aku ingatkan
Usaha dan pengorbanan
Bukan satu beban
Tapi satu jalan kemenangan

Bila aku umur 24 tahun
Aku mula faham
Hidup tanpa gagal
Ibarat air tanpa gula
Ibarat hidup tanpa cinta
Tiada apa yang hendak aku cerita

Bila aku umur 24 tahun
Aku kena faham
Aku Bukan dari kalangan ada-ada
Aku Bukan pandai berkata-kata
Aku Bukan pandai berniaga
Aku Bukan minat duduk bersahaja
Tapi
Aku Ada Pengalaman
Aku Ada Keinginan
Aku Ada Cinta
Dan
Aku Ada Sahabat
Aku Ada Keluarga dan bakal keluarga
Yang perlu aku fahami
Aku diperlukan untuk melengkapkan
Ruang kosong diantara kekosongan.

Sekian

Coretan
Mb isam ismail
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-24 tahun
12 Ogos 1992


Friday, July 08, 2016

Lemang Aidilfitri Mentua - Bahagian 1
||LEMANG AIDIFITRI MENTUA||Ini kisah lemang aku, kisah bagaimana lemang dihasilkan, kisah bagaimana susahnya untuk menghasilkan sebatang lemang, tapi hasilnya berbaloi dan digilai ramai  tanpa mengira jantina.

Lemang aidilfitri mentua adalah cubaan kali kedua untuk menghasilkan lemang buatan sendiri. Sebenarnya mentua dibelakang nama lemang aidilfitri itu sekadar nama untuk projek lemang, tiada kaitan dengan mentua sekalipun sebab aku ni masih mencari zaujah.ahaha

Cubaan kali pertama dalam menghasilkan lemang adalah pada Aidiladha tahun lepas 1436 H, Rancangannya nak buat lemang bakar, tapi cuaca tak mengizinkan, akhirnya jadi lemang rebus. Untuk lemang aidilfitri mentua, aku rancang nak bakar lemangnya. Menjadi atau tidak lemangnya?Nak tahu kena la follow bahagian ni.ee

Menyediakan Bahan Asas Lemang Aidilfitri Mentua.

Aku ingat nak sediakan bahan asas lemang seperti buluh, daun lerek, santan itu senang, rupanya senang cakap dari buat. Nak dapatkan buluh yang sesuai satu hal kena masuk hutan, nak dapatkan daun lerek ada ceritanya di tepi bukit, nak dapatkan santan pula bukan main susah kena panjat pokok , mesin kepala dan hasilkan santan. Perit semua ada, tambah pula masa penyediaan dia bulan puasa pula, hampir pengsan aku.

Buluh bukan sebarang buluh yang boleh pakai untuk lemang, ada jenis dan kelas dia, buluh yang lurus menegak, tidak tebal dan masih kelihatan miang yang berwarna putih adalah kategori sesuai untuk digunakan dalam penghasilan lemang. Buluh ni kebiasaannya tumbuh berhampiran kawasan sungai, kebun dan pinggir hutan.
Buluh lemang yang tumbuh berhampiran kebun
Daun lerek dan biasanya orang gantikanya dengan daun pisang. Daun lerek boleh diperolehi dari kawasan lembah atau berair di dalam kawasan bukit. Biasanya daun yang lebar akan diambil supaya senang untuk dimasukkan ke dalam buluh nanti. Nak dapatkan daun ni aku kena rentas sungai apa, penat gila masa ni, goyang kaki, ketar badan sebab puasa.

Santan pula diperolehi dari kelapa. Punya la tak nak keluarkan kos untuk santan, relakan diri panjat pokok kelapa sendiri ketika puasa. Bukannya rendah, taraf bangunan empat tingkat  plak tu. Masa ni la badan aku menggigil sekali lagi. Mana tidaknya, kuasa penuh diperlukan untuk menjatuhkan semua kelapa dari atas pokok.

Tapi penat untuk semua ini memberikan aku ilmu dan input yang berguna untuk projek lemang seterusnya. Beras pulut juga bahan yang penting untuk lemang. Nak dapatkan beras, tidaklah sesusah nak dapatkan buluh, daun lerek dan santan. Pergi pasar pagi dah dapat, cakap je berapa kilo nak. Yang ni aku ‘outsource’ je dekat orang pergi beli, sebab senang sangat. Ahah
Buluh dan Kelapa
Ok, selesai dalam penyedian bahan asas kepada projek lemang aidilfitri mentua, bagaimana pula cara keratan buluh, berapa panjang? Cara memasukkan daun lerek ke dalam buluh? Cara mendapatkan santan? Apa yang perlu dibuat selepasnya?. Jawapan kepada semua itu, kita jumpa untuk bahagian ke-2 dalam Lemang Aidilfitri Mentua. 

Sekian,

Selamat Hari Raya Aidilfitri||Maaf Zahir Dan Batin||

Tuesday, July 05, 2016

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016
||UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016||Seketika nanti,kita rakyat Malaysia akan dipertotonkan dengan ucapan selamat hari raya daripada pemimpin-pemimpin utama Negara. Begitu juga aku sebagai pemilik tapak blog ini mengambil kesempatan di akhir ramadhan untuk mempersembahkan ucapan selamat hari raya kepada pembaca sekalian.

Assalamualaikum wbt. Aku admin Mat selaku penulis bebas kepada blog ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat. Sambutlah raya dengan gembira dan berhemah.

Pesan aku, Bersederhanalah ketika meraikan aidilfitri dan berpada-pada ketika menjamu selera. Ingat, hari raya bukan sehari untuk diraikan, tetapi sebulan. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi kita setelah sebulan lamanya menahan lapar dan dahaga.

Muliakan aidilfitri ini dengan banyak memberi. Sekurangnya dapat melatih sifat kita untuk lebih memberi pada bulan-bulan yang akan datang walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Usah berkira dengan nilai dan yakinlah matematik Allah bukan dengan matematik manusia.

Perlu diingatkan, lupakan sementara dunia maya, tutup data,tutup wechat dan biarkan hari anda dimeriahkan dengan suasana hiruk dan gelak tawa saudara mara,rakan taulan. Jangan berikan password wifi kepada tetamu, tetapi berikan sapaan dan soalan untuk mengeratkan hubungan.

Setelah sekian lama berbalas whatsapp, sekarang adalah masa terbaik untuk berbalas senyuman dan cerita. Kepada yang memandu  kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hati di dalam pemanduan anda, periksa keadaan kenderaan agar berada di dalam keadaan sempurna.

Akhir kata, ciptalah kenangan dan kebahagian, sesungguhnya ia lebih baik dari meminta. Kebiasaan meminta kebahagian adalah ibarat seperti kucing bertanduk.

Sekian, nantikan entri mencipta kebahagian dengan Projek Lemang Aidilfitri Mentua.





Monday, July 04, 2016

PROJECTOR..Sudah Ku Tahu Raya (Lirik)


Raya dah pun tiba, Jangan berduka jangan terleka, Raya harus gembira ,Bersama-sama sanak saudara. Apa cerita raya anda? bahagia atau gembira? apa!!!? Lagu raya tak best? jom kita layan lagu raya yang dinyanyikan Projector band pula, dulu kata minat band Projector dengan lagu sudah ku tahu tu, lagu yang ni apa komen anda??

Kini tiba bulan Ramadan
Cukup sebulan kita berpuasa
Menunggu tiba Syawal menjelma
Kita raihkan bersama-sama

Pulanglah anak-anak yang tercinta
Ibu dan ayah amat merindukanmu
Air mata mereka sering berduka
Berharap kita semua di sampingnya

Rakan dan taulan semua
Mari menyambut raya bersama
Kuih muih yang disedia
Untuk dijamu bersama kita

Selamat menyambut hari yang mulia
Haaa... Haaa...

Raya dah pun tiba
Jangan berduka jangan terleka
Raya harus gembira
Bersama-sama sanak saudara

Jangan lupa ibu ayah yang tercinta
Selamanya...

Rakan dan taulan semua
Mari menyambut raya bersama
Kuih muih yang disedia
Untuk dijamu bersama kita

Selamat menyambut hari yang mulia
Haaa... Haaa...

Raya dah pun tiba
Jangan berduka jangan terleka
Raya harus gembira
Bersama-sama sanak saudara

Jangan lupa ibu ayah yang tercinta
Selamanya...

Lagu & Lirik: Razif


Artikel Berkaitan


Saturday, July 02, 2016

Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu 2016 1437 H
|| KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI TERENGGANU 2016 1437 H|| Kadar zakat fitrah untuk negeri Terengganu pada tahun ini 2016/1437H adalah bersamaan dengan RM7.00 seorang.

“Inilah zakat fitrah yang wajib di atasku kerana Allah Taala”. Alhamdulillah, ditakdirkan tahun ini, aku sempat berzakat di masjid Al-Muktafi Billah Shah atau dikenali dengan nama lain Masjid Jami’atul Ummah- Masjid Universiti Kuala Terengganu.

Sebaik-baik rancangan adalah rancangan dari yang Maha Esa, tidak kurang dan tiada salah masanya. Mengikut kepada rancangan asal, Aku berniat untuk melaksanakan zakat fitrah ketika waktu-waktu afdhal berzakat iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.

Sememangnya rancangan Yang Esa lebih baik. Ceritanya bermula bila aku teringat yang diri sendiri belum melaksanakan kewajipan solat zuhur. Pada ketika ini, syok (ralik) cari barang keperluan raya. Maklumlah raya semakin menghampiri, sales gempak-gempak aku tengok.

Destinasi terdekat untuk aku solat dengan waktu sipi-sipi menjengah asar, adalah masjid Al-Muktafi Billah Shah, lokasi masjid ni adalah bersebelahan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZA Batu Buruk Kuala Terengganu. Sebenarnya, tempat yang dekat selain masjid ada je. Apa lagi, dapatkan kunci, potong garisan berkembar, masuk simpang lupa bagi isyarat terus pecut 30 km/j.ehhe

Singgah masjid, campak kasut terus bertenang dengan wudhu.

Dapat Makan Bubur Lambuk

Yang ni paling menang, usai sahaja solat zohor aku rehat sekejap penat merempit 30km/j sambil menunggu bilal azan asar, masa ni aku dah selesai menatap mata amil yang bertugas untuk kutipan zakat.

Asar selesai sudah, sedia untuk menziarah bazar ramadhan mencari juadah berbuka sebelum merempit 30 km/j balik rumah. Baru nak sarung helmet supaya tak kena saman masa ‘roadblock’ nanti. Aku nampak papan tanda, pemberian bubur lambuk selepas asar. Wahh sedap.

Ingatkan balik, pernah mengidam bubur lambuk untuk berbuka. Makin lama makin ramai orang beratur. Mungkin ada rezeki, apa lagi tumpang beratur sekali dengan Jemaah-jemaah masjid untuk sebekas bubur lambuk.

Alhamdulillah, dapat merasa sebekas bubur lambuk yang sedap dan puas hati hajat tercapai.

Sekian.

Artikel Berkaitan :


Wednesday, June 29, 2016

ZAKAT.. Erti Dan Kewajipannya
||ZAKAT..ERTI DAN KEWAJIPANNYA||Zakat dari segi bahasa bererti “Bersih”, “Suci”, “Subur”, “Berkat”,dan “Berkembang”. Maksud “Bersih” dan “Suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.

Manakala dari segi Istilah Syarak pula zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (Ayat 56)

Jelas ayat diatas menerangkan tentang kewajipan untuk berzakat. Sejarah juga membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang ingkar dalam membayar zakat kerana  didalam harta orang yang kaya, wujudnya hak untuk orang-orang fakir dan miskin.


Harta yang Wajib Dizakatkan

1.       Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu samada lelaki atau perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2.       Zakat Harta

Jenis-jenis zakat harta yang dikenakan zakat adalah seperti yang berikut:

·         Zakat pendapatan
·         Zakat perniagaan
·         Zakat binatang ternakan
·         Zakat pertanian
·         Zakat wang simpanan
·         Zakat emas dan perak
·         Zakat saham
·         Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz

·         Ma’adin

Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau dilaut
·         Kunuz

Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun)

·         Rikaz

Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahilih)



Syarat Umum Wajib Zakat??

Ketahui pula apakah syarat seseorang itu wajib mengeluarkan zakat :

1.       Islam

Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama islam sahaja.

2.       Merdeka

Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib zakat

3.       Sempurna Milik

Sempurna milik bermaksud, pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus dan memperoleh manfaat dari harta tersebut tanpa kawalan undang-undang dan peraturan

4.       Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat keatas harta itu.

5.       Cukup Haul (Tempoh wajib)
       
Haul ialah tempoh setahun bersamaan 12 bulan qomariah pemilikan kekal harta zakat seseorang selain dari harta zakat bij-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.

6.       Harta Yang Berkembang

Harta yang berkembang adalah pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan:

Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki adalah:
Binatang ternakan berkaki empat
Hasil makanan yang menjadi makanan asasi
Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.

Bentuk harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan adalah:
Emas, perak, mata wang dan hasil galiann yang bernilai
Tanaman, ternakan dan lain-lain yang disusahakan secara komersial

Sumber Rujukan :