January 2014 - Isam Ismail

Wednesday, January 15, 2014

| TIPS | Putus Cinta
Ramai yang mencari cara untuk menangani masalah Putus Cinta ini, ada yang bertanyakan kawan karib,ada yang bertanyakan ibu, dan tak kurang ada juga yang bertanya bekas girl/boy friend yang ditinggalkan 10 tahun yang lalu.

Macam-macam cara yang digunakan untuk mengubat hati yang terluka dan sakit dek kerana putus cinta dengan manusia.

Kekadang ada yang lebih suka menyendiri dan tak kurang juga ada yang suka menyibukkan diri sendiri semata-mata untuk melupakan si dia yang menyakitkan hati kita.

Putus cinta sebenarnya perkara yang biasa dan tiada masalah, tetapi yang bermasalah adalah orang yang diputuskan itu masih merasa sayang kepada si pemutus cinta itu.

Mungkin kerana yang diputuskan itu adalah seorang yang ikhlas mencintai, dapat pulak yang memutuskan adalah seorang yang hipokrit, cinta pandang lalu, ada yang lebih menyenangi dirinyaa terus meninggalkan yang ikhlas menerima.

Dengan alasan blablabla......

Disini ada sedikit TIPS yang boleh diguna pakai untuk hati yang kecewa dan ini adalah adaptasi tips dari kisah benar.

"Yakin hatimu adalah milik ALLAH, dia berhak menentukkan yang terbaik untuk hambanya"


1. Redha dan dekatkan diri dengan Allah, dan hatimu akan tenang.

2. Luahkan apa yg terbuku di hatimu kpd seseorang yg dipercayai.

3. Buang semua kenangan sewaktu bersama si dia, dan jangan terus melayan perasaan sedih.

4. Sibukkan dirimu dengan aktiviti berfaedah.

5. Buka lembaran baru dalam hidupmu. Putus cinta tidak bermakna hidupmu sudah berakhir.

Sekian......
Walking Alone to de Hometown
Assalamualaikum wbt.

Januari lima belas malam, adalah masa dimana aku akan "walking alone to the hometown" dari Batu Pahat ke Setiu, Terengganu pada jam sembilan malam bermula dari terminal Bas Rogayah.

credit to pak cik google
Walking alone malam ini akan ditemani rakan seperjuangan dari tempat yang sama tetapi masih tidak mengenali antara satu sama lain.

Di khabarkan Walking alone dengan Bas Syarikat Pengangkutan Bumi akan mengambil masa sekurangnya lapan jam untuk tiba ke destinasi dan jangka masa ketibaan mungkin dalam keadaan matahari sudah memancak dikepala.

Kepenatan mungkin akan dirasai sehinggakan mencucuk sendi-sendi badan yang sudah lama tidak digoncang kebuasan sebuah bas ekspress.

Melainkan walking alone malam ini ditemani seat VVIP dan selamatlah sendi-sendi aku dari kesakitan keesokan harinya..

IM coming Setiu.. Love my hometown..

Sekian....sape nak hikut jumpa father in law?? khas utk gadis2..

"Semoga admin belogisam selamat sampai ke destinasi "



Jersi Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu  2014

Jersi home Pasukan Bola Sepak Negeri  TERENGGANU 14

Tuesday, January 14, 2014

"Sultan Melaka" Ditahan
Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka  ditangkap hari ini dibawah akta hasutan mengikut sekyen 4(1) selepas pihak polis menerima banyak aduan mengenai kewujudannya.

Dikenali Noor Jan Tuah, 56 tahun ditahan polis ketika menaiki feri untuk ke pulau besar pada jam 10.50 pagi 14/januari 2014 di Jeti Anjung Batu,Serkam.

Berikut beberapa gambar menunjukkan Noor Jan Tuah..








End of Semester #5
Assalamualaikum wbt..

Salam Maulidur Rasul.. 

"Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Sayyidina Muhammad"

Hari ini officially aku telah berada dipenghujung semester #5 dan hanya tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk aku menimba ilmu dan memenuhkan kemahiran yang kurang di tempat yang Hebat ini.

Final exam sudah ,, kemas barang sudah,, hantar kawan balik kampung pon sudah,, dan yang tinggal hanya aku  bersiap sedia untuk pulang ke  kampung dan melihat kampung kelahiran  tercinta yang penuh dengan memori..

By the way, semester kali ini #5 adalah semester yang agak mencabar tahap kemampuan aku sebagai salah seorang pelajar biasa..

Mengimbas kembali permulaan semester yang dihujani liku dan permasalahan kehidupan  pada September 2013, ianya amat meyakitkan hati aku dan aku hampir tertewas dengan masalah ini.. Namun dorongan untuk mendapatkan apa yang dimulakan dan semangat dari kawan, aku cuba bangkit perlahan-lahan untuk melupakan kenangan yang dulu..

Tidak habis dengan itu,,permasalahan makin datang seolah menguji tahap kematangan aku dalam berfikir dan syukur ALHAMDULLLAH berkat kesabaran dan nasihat aku dapat berada di landasan yang betul..

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)"

Dekat sini aku terfikir,, kuat sangat ke semangat aku untuk aku meneruskan perjuangan dengan semua ini. 

Dan aku mendapat jawapannya dari maksud ayat diatas  "Allah  akan menguji manusia  mengikut  akan kemampuan hambanya". Ya, this is my spirit to survive the future..

Sekian.. semester #6 menanti dengan PSM 











|Bergambar| Gambar Pelik, Lucu dan Nothing #1
Bergelak sejenak selepas seharian, seminggu, sebulan  kepala diundangi masalah dan masalah..

Gambar pelik, lucu dan lawak pecah perut ini banyak diambil daripada internet dan dikumpulkan menjadi satu album untuk tatapan diri sendiri mahupun umum..

Kisah ini bergambar dan setiap gambar itu mempunyai ceritanya tersendiri, sama macam kehidupan kita yang banyak diukir dengan kenangan.. 

Hiraukan masalah yang dialami, dan luahkan perasaan KETAWA sepuasnya agar jiwa itu kembali tenang..GET ready 1..2..go





























Sunday, January 12, 2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan
Assalamualaikum wbt...
Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan dianjurkan oleh sally

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh (kalau cari jodoh apa salahnya kan???mende elokk ~said belogisam~)...hehe

Sally berkata : Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?
Belogisam : oke je sally.. boleh belogisam tumpang2 kenal dengan blogger lain..


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan di dalam blog sally dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen blog sally.
Date : Segmen ini akan berlangsung dari 12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm) 
Belogisam : anda yang melihat ini masih lagi berpeluang menyertainya

Ada kejutan : 2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org) 

Sekian

Friday, January 03, 2014

2014 JOHOR dan aku Bercuti di Hari Jumaat
Assalamualaikum wbt...

Selamat tinggal 2013 yang memberikan 1001 kenangan terhadap perjalanan kehidupanku.. Kisah 2013 berakhir disini,  hari ini dan seterusnya aku akan bawa kehidupan dengan menggunakan angka 2014..

Pada tahun ini kita akan digemparkan dengan pelbagai perubahan dan kenaikan termasuklah perubahan yang dibuat sultan Johor mengenai cuti umum.

Pada tahun ini   (2014)  Johor telah mengikut jejak langkah  Terengganu, Kelantan dan Kedah bercuti pada hari jumaat dan sabtu.Maknanya cuti umum akan berlangsung pada jumaat dan sabtu tidak lagi seperti dulu pada hari sabtu dan ahad...

Dan hari ini merupakan hari pertama aku bertapak di bumi Johor yang memberikan jumaat dan sabtu sebagai cuti umum,, Terasa lagi kenangan 4 tahun dulu sewaktu masih bersekolah bagaimana perasaan cuti pada hari Jumaat dan sabtu.. "I feel it like im at home", haha

Kepada mereka yang kurang selesa dengan cuti umum Jumaat dan Sabtu ,, Nikmatilah hari yang penuh berkat dan rahmat ini dengan amalan yang baik..

Lebih kurang sama je cuti Jumaat mahupun Ahad,,mana-mana ada kelebihan dan kekurangan dan kelebihan cuti umum pada hari Jumaat adalah lebih kepada kaum lelaki supaya mereka senang untuk menunaikan  solat Jumaat, mendengar, menghayati kutbah yang disampaikan imam.

Takder la sampai kaum adam ni nak terkejar-kejar selepas solat dan sering menganguk semasa kutbah.

Sekian....