Kedai Online - Isam Ismail

Monday, October 14, 2013

Kedai Online

Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan yang terukir pada ketika ini admin nak sebarkan dan memeriahkan kedai maya yang ditubuhkan oleh  admin untuk mengisi masa terluang dan dalam masa itu juga admin ingin belajar selok belok untuk memulakan perniagaan di usia yang begitu mentah..

Bukan  sepenuh masa admin melakukan perniagaan ini tetapi secara part time ketika banyak masa terluang dan juga sewaktu mata susah untuk dilelapkan ke alam mimpi ,sewaktu  inilah admin akan memberikan kudrat admin kepada perniagaan maya ini.

Mengenai produk yang dipasarkan didalam kedai maya yang diusahakan admin pada ketika ini admin, amat menitikberatkan soal kualiti barangan yang dijual kerana admin tidak mahu memberikan barangan kepada pelanggan dibawah spesifikasi yang ditetapkan..Bagi admin kepuasan pelanggan adalah kepuasan dalam perniagaan yang diusahakan ini...

Seratus peratus admin akan  memastikan produk yang dikehendaki pelanggan  dipantau sepenuhnya sehinggalah mereka  berpuas hati dengan service yang diberikan ..

Produk yang diketengahkan bersama kedai maya admin  lebih kepada aksesori diri dan komputer. Produk aksesori diri yang berjaya diketengahkan pada ketika ini adalah jam tangan keluaran HIJRA iaitu jam tangan tawaf , jam tangan pusing tawaf ,jam tangan anticlockwise. kesemua nama ini merupakan panggilan kepada satu jenis jam keluaran syarikat HIJRA sendiri, iaitu syarikat yang mengetengahkan pengeluaran jam anticlockwise.. Dapatkan satu jam tangan tawaf disini...Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise

                                                   





Manakala produk yang berkait dengan aksesori komputer yang berjaya diketengahkan bersama kedai maya adalah penjualan antivirus Kaspersky..Buat masa ini pengeluaran antivirus yang berjaya admin keluarkan adalah tetap kepada satu jenama sahaja dan insyallah dengan pembukaan pages baru #Antivirus Murah

Akan diketengahkan pula antivirus berjenama Bitdefender dan lain-lain antivirus bergantung kepada permintaan. Dengan misi memberikan perkhidmatan jualan sama seperti kedai-kedai diluar dengan harga berpatutan. Kedai maya admin mempunyai gerak langkah  untuk bergerak terus melangkah melangakaui misi dengan memberikan mutu perkhidmatan dan kepercayaan yang tinggi kepada pembeli.. LIKE||SHARE||COMMENT utk support admin.



Kalau and semua teringin  mengetahui maklumat lanjut jam tangan HIJRA anda janganlah segan silu mengunjungi page Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise(JBJTA) dan support untuk megetahui update dan promosi terkini..seratus peratus jaminan layanan vip untuk pencari jam tangan ini admin berikan  dan juga admin mempunyai jaminan satu tahun untuk setiap unit pembelian jam dari kedai maya hijra timepiece.Satisfaction and warranty is our purpose to manage dis on9 shop with affordable price for customer.

Untuk yang berminat menjadi agen kepada antivirus dan dijual kepada rakan kolej atau universiti atau sedara mara,, kami juga menawarkan keahlian sebagai agen dropship untuk yang betul-betul berminat dan komited sahaja..agen ini dibuka untuk antivirus sahaja setakat ini...






No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012