Minggu Haluan Siswa UTHM 2013/14 - Isam Ismail

Friday, September 06, 2013

Minggu Haluan Siswa UTHM 2013/14

Assalamualaikum wbt dan Salam kemerdekaan yang ke 56 dari mimpi semalam.bg

September merupakan bulan pelajar lepasan Matrikulasi. STPM dan Ex Diploma sibuk menyiapkan diri untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di merata-rata universiti yang menjadi pilihan masing-masing, sama ada universiti swasta ataupun kerajaan semuanya terletak pada pilihan sendiri.

Dicelah kesibukan mereka menyiapkan diri untuk meneruskan pengajian aku juga terpaksa menyibukkan diri sendiri menjadi salah seorang pembantu minggu haluan siswa untuk menyambut tetamu baru di universiti aku iaitu UTHM yang terletak di selatan tanah air. Menjadi salah seorang pembantu minggu haluan bukanlah tugas yang senang tetapi sukar kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan hampir 2500 tetamu baru yang baru mendaftar sebagai ahi keluarga uni ini.

Bernaung dibawah unit teknikal dengan bantuan ketua yang fleksibel dan mempunyai persefahaman yang tinggi kerja kami berjalan dengan lancar dan sekali sekala kami sedikit tercabar dengan karenah yang dimainkan oleh orang perseorangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak memahami tugas kami yang bersengkang mata tidak tidur malam untuk memberikan yang terbaik kepada mereka sebagai salah seorang tetamu yang yang dinantikan sepanjang tahun.

Walaupun begitu kami semua seronok dapat berkhidmat kepada mereka dengan memberi bantuan awal yang diperlukan bagi melancarkan proses pengajian di uni yang menjadi pilihan mereka. Sedikit gambar adalah sedutan dari perjalanan kami sebagai pembantu minggu haluan siswa pada kali ini..

Teknikal awesome.
sebalik tabir

susun atur kerja kami

team teknikal







No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012