Generasi yang dicari - Isam Ismail

Thursday, February 28, 2013

Generasi yang dicari

Sekiranya aku dalam situasi macam ni,, belum tentu sanggup berpeluh untuk mengejar kenderaan beroda empat dengan basikal.. habis kurang lapor balai polis,, tapi sekalung penghargaan untuk adik yang sejujur hatinya ini..inilah modal insan yang kita ingin cari untuk negara tercinta...


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun
namun kejujuran dan kemurnian hati
Amir Azizan Hashim mungkin jauh
mengatasi orang dewasa apabila dia
memulangkan semula beg tangan
berisi RM37,500 (SG$15,000) milik
seorang wanita warga Singapura yang
tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju mungkin
mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi
mengembalikan beg tangannya,” katanya
mengimbas kejadian itu yang berlaku
berhampiran sebuah pasar raya di Taman
Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini,
ditemui selepas menerima sijil
penghargaan atas kelakuan terpujinya itu
daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku
kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu
ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk
membeli akhbar. - harian metro
Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

3 comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012