Anroid dan teksi saling memerlukan sekarang - Isam Ismail

Monday, February 25, 2013

Anroid dan teksi saling memerlukan sekarang



Malaysia semakin maju kehadapan dan berbagai perubahan yang kita kecepai buat masa sekarang samaada untuk kebaikan mahupun keburukan.. Sekarang dikhabarkan pula berita mengenai peranti telefon android boleh befungsi sebagai capaian untuk menaiki teksi,, samada pemandu atau penumpang kesemuanya mendapat manfaat yang sama rata,, pemandu dapat menjimatkan minyak untuk berulang alik dan penumpang dapat mengurangkan masa untuk menunggu dengan hanya menggunakan android ini.. apa kata anda?? tidakkah ini menyenangkan.

Namun,, pemandu yang menggunakan pekhidmatan yang dikenali sebagai unicablink ini perlu mebayar RM180 sebulan untuk sistem yang canggih seperti ini dan kawasan yang meyediakn perkhidmatan ini tidaklah menyeluruh lagi tetapi hanya di Lembah Klang sahaja kot.. kurang pasti sangat..


Ikuti atikel penuh::::

Penumpang teksi sekarang boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android.

Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
 
Sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan lebih selesa, cepat dan cekap.

Teksi yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. Sunlight Unicablink ketika ini mempunyai sekitar 3,000 teksi dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.

Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang akhir tahun ini. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini.

Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain.
INFO: Unicablink
− Dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
− Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus. Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012