Kucing Bonsai - Isam Ismail

Tuesday, January 01, 2013

Kucing Bonsai


Seorang warganegara Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.


Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu.

Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

6 comments:

  1. ei, jahat betul, try letak org yg wat kucing bonsai tu dlm botol, baru dier rs!

    ReplyDelete
  2. biar betoi?ini giler lah...ada jga org cmni..haha..btw bro selamat tahun baru 2013 tuk anda..smga 2013 lebih bermkna..

    p/s: tggu kalnder smpai..dh 2013 pn :-(

    ReplyDelete
  3. walaupon aku sensitif ngan kucing..tp.. ini satu kekejaman !!! wahaha..feeling terlebih !!!

    ReplyDelete
  4. hmm sdh la...waaa x patut tol la.. tiba2 jd emo..

    ReplyDelete
  5. chek2 balik yg ni hoax je lo ref link ni http://lolosad.com/bonsai-kittens-how-to-torture-a-small-cat-hoax.html n tp ad gk yg nk cuba jaya..

    ReplyDelete
  6. hei teruknya perangai dorg ni!!! buat lah mcm tu kt katak ke, biawak ke.. takpun buaya ke... knp perlu kucing???

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012