OH tandas!!!! - Isam Ismail

Tuesday, November 13, 2012

OH tandas!!!!

Assalamualaikum....sejuknya bila pagi menjelma dan terus mencengkam kalbu diri ini.. Selimut yang nipis tak termakan badan ni...Kena beli selimut yang tebal satu ni..

OH,tandas!!!!.. apa yang anda fikir tentang tandas??? tempat membuang sisa toksik??? tempat membuang sampah??? tempat merokok??? tempat melepak??? apa saja yang anda fikirkan semua kena...

Tandas bila ada penjaga mesti bersih kan??? berbau harum dan wangi,, tapi ni kisah aku dengan tandas-tandas awam dinegara kita.. wow, bukan main lagi ada penjaga tepi tandas tu, kena pulak bayaran masuk RM0.30 per satu kepala.. mak ai bukan main mahal lagi tandas ni cas kepada pengguna setia tatkala perut memulas.

Bukan RM 0.30 masalahnya, tapi perkhidmatan yang tandas bagi untuk pengguna... bayar saja yang mahal, tapi bila masuk nak guna, mak ai,, hati jer yang tahu,, siap mengutuk  #$$#@ segala jenis binatang pun ada. "KOTOR" seolah-olah penjaga tandas yang kutip bayaran tidak mengendahkan kebersihan untuk pengguna...

Suasana tandasnya seolah tidak dicuci, dan dijaga.. mungkin agaknya yang berkhidmat tu datang buat kerja sekali sehari kot.,,

Keadaan seperti ini berlaku dimana-mana pelusuk negara melalui pandangan mata sendiri..dan yang terbaru adalah di kawasan terminal bas berdekatan negeri Selangor. Bukan mengaibakan sesiapa dalam perkara sebegini, tapi masalahnya, kita bayar untuk perkhidmatan itu dan kita berhak mendapat dengan nilai setimpal berdasarkan bayaran yang kita lakukan.







No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012