M'sia ditangga ke-8 paling bahagia - Isam Ismail

Tuesday, November 20, 2012

M'sia ditangga ke-8 paling bahagia

im not happy today.....

Adakah perasaan aku kali ini mempengaruhi pencapain negara sehinggakan M'sia terpaksa menduduki tangga kelapan dalam senrai negara paling bahagia???
Aku harap tiada sesiapa yang menyalahkan aku.. uarghhhh,, betul-betul ditengah mood..
whatever.. tahniah M'sia

Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

“Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagian masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kota Kinabalu, hari ini.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia.

Persidangan dua hari itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis dan ketua agensi polis bantuan seluruh negara.

Pengarah Urusan SESB Abd. Razak Sallim berkata penganjuran persidangan itu bagi memantapkan kerjasama dan hubungan dua hala di antara agensi polis bantuan dan Polis Diraja Malaysia agar imej pasukan polis dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi.

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012