Elak muflis@bankrup di usia muda - Isam Ismail

Tuesday, October 30, 2012

Elak muflis@bankrup di usia muda

Apa yang dimaksudkan dengan muflis???muflis yang dimaksudkan adalah seseorang yang gagal menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan isu dibawah dengan jumlah hutang melebihi RM 30k

  • menjelaskan pinjaman orang perseorangan
  • sewa beli kenderaan
  • pinjaman peribadi atau perumahan
  • menjadi penjamin sosial
  • kakitangan kerajaan kumpulan A yang menjadi penjamin tetapi si peminjam gagal membayar hutang
  • pinjaman pelajaran
  • hutang kad kredit
  • hutang cukai pendapatan

Berita Harian pada 24 Julai lalu melaporkan 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 65 bulan hingga Mei lalu.
Daripada jumlah itu didapati purata 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.

Ramainya yang sudah muflis dalam negara kita ni,, golongan mana belum pasti sangat,, sebab kenapa mereka muflis???berhutang la jawabya..sebab salah satu faktor yang membolehkan seseorang itu muflis adalah hutang.

Takutnya muflis ni bimbang ia terjadi pada golongan muda, golongan yang baru memasuki dunia pekerjaan ataupun pelajar yang jatuh muflis oleh sebab hutang yang banyak dan terbengkalai tanpa usul bayaran.
Golongan pekerja mugkin mangsa hutang yang disebabkan perbelanjaan yang melebihi kemampuan.

Pakai kredit kad sini sana, last-last banyaknye bil hutang hujung bulan,, kira-kira nak bayar hutang balik tak cukup starang dengan gaji yang ada, so,, nak berhutang pun kena gak ukur baju dibadan sendiri pepatah yang mengatakan.

Caranya nak mengatasi masalah muflis dan hutang ni adalah dengan berbelanja secara hemah, pakai apa yang mampu dan beli apa yang perlu, tak semua barang kita perlukan untuk hidup dengan selesa.. orang dulu tak mewah pun selesa, bahagia pulak tu.

Satu lagi mungkin dengan amalam menabung,, amalan ni dari awalnya mungkin takde la kesan sangat, tapi satu masa ia akan berguna gak.. mengikut pengalaman la,, dulu belogisam tak suka menabung.so bila ada kecemasan nak pakai duit,kelam kabut hidup ni, mana na korek tak tau..

Dan,selepas peristiwa yang sangat sukar itu,, belogisam mengamalkan langkah menabung,hasilnya bila ada kecemasan ke apa ke yang tak diduga belogisam boleh jer guna saving tu sementara nak dapatkan bantuan lain.

Jangan biarkan masalah bankrup dan muflis menjadi isu kehidupan kita,, mulakan dengan penjimatan sekarang..

::::Nak pergi melancong dengan tersayang?? klik sini
::::Nak tahu cara mudah untuk berblogger?? kilik sini

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012