Isam Ismail

Sunday, August 25, 2019

KEMBARA MEALS MAKANAN POPULAR BAGI KAKI TRAVEL DAN CAMPING
KEMBARA MEALS MAKANAN POPULAR BAGI KAKI TRAVEL DAN CAMPING||Umum mengetahui makanan adalah perkara utama atau sesuatu yang diberi keutamaan dan diberi penekanan dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan, seseorang itu boleh bertukar mood atau menjadi tidak terkawal sekiranya tidak mendapat makanan yang betul dan sesuai. Bagi kita yang berada dalam Malaysia sentiasa, di rumah terutama, makanan tidak menjadi isu yang besar dan bukanlah permasalahan yang utama.

Cakap sahaja nak makan apa, nasi lemak? kedai Piah sebelah taman ada jual, nasi tomata, boleh diperolehi dari warung tepi jalan belakang kedai apek. Tambah lagi dengan kemajuan teknologi yang dirasai pada zaman millenia ini, semuanya dihujung jari. Pakai sahaja applikasi grabfood, foodpanda, dahmakan, apa lagi? semuanya boleh diperolehi dengan mudah dan cepat,tunggu dan bayar sahaja. Akhirnya kenyang tanpa disedari.
Tapi bayangkan sekiranya anda adalah kaki jalan,kaki mancing,kaki camping atau pelancong yang sentiasa menghabiskan masa melawat luar negara,pastinya isu makanan adalah menjadi keutamaan. Betul kan kalau saya salah. Isu halal wajib dititik berat sebagai seorang yang beragama islam, Nak makan semestinya makanan ala-ala Malaysia,nasi seharusnya ada. Orang kita sesetengahnya kalau tidak makan nasi sehari mahu badan menggigil, lembik lutut dengan bahasa mudahnya.

Menyedari dengan masalah ini,sebagai pengembara yang merentasi dunia perlu berterima kasih kepada pengasas makanan travel dengan jenama KEMBARA MEALS, kerana berjaya menyelesaikan masalah makanan untuk aktiviti kembara, pelancongan, sukan dan sebagainya yang melibatkan seseorang itu perlu keluar dari rumah dan tak balik untuk menikmati makanan dirumah.Isu makanan telah menjadi pilihan kepada kita untuk memilih yang mana baik untuk dimakan terutama isu halal.

Banyak kelebihan yang telah diketengahkan dalam penyedian makanan siap dimakan oleh Kembara Meals atau nama lain Meal Ready To Eat (MRE). MRE menggunakan beberapa pendekatan teknologi tentera, dimana makanan boleh disimpan pada satu tempoh masa yang lama dan hanya menggunakan masa beberapa minit untuk dipanaskan dengan element heating pad yang dibekalkan bersama. Heating pad ini tidaklah berbahaya kepada umum.

Antara ciri yang diketengahkan oleh produk MRE Kembara Adventure Meals adalah termasuk:

1.International packaging, kalau bawak keluar negara orang tak percaya produk made in Malaysia
2.No added preservatives, bawak travel boleh dapat makanan sihat
3.Tahan lama,beli hari ini esok boleh makan lagi, tahan dalam masa 2 tahun dari production date
4.Heats with any liquid, apa air yang ada di tangan boleh digunakan untuk memanaskan nasi dan lauk
5.Self heating, tiada lagi penggunaan oven atau portable stove dalam masakan hanya air masak yang diperlukan.
6.Halal, tentunya halal perlu diutamakan, kerana makanan akan menjadi darah dan daging kita.

Pada permulaan Kembara Meals menyediakan menu RENDANG DAGING DENGAN PILAF RICE dan RENDANG AYAM DENGAN PILAF RICE, sekarang kembara meal telah mempunyai tiga menu utama iaitu Ayam masak merah dengan nasi tomato,Rendang daging dengan pilaf rice dan
Nasi lemak dengan sambal tumis telur. Bagi saya rendang daging dengan pilaf rice amatlah sedap untuk dicuba sendiri dan berkali-kali sudah mencubanya.

Untuk anda yang mencari makanan siap dan pantas untuk dimakan semasa melancong ke luar negara atau mengembara dalam negara boleh dapatkan Kembara Meals yang datang dalam packaging menarik dengan agent yang berdekatan ataupun beli dari mana-mana kedai yang terpilih seperti petronas station.

Pembelian dalam talian juga boleh dilakukan dengan melayari shopee atau facebook, Official agent kembara nie semuanya bersedia memberi khidmat yang baik kepada anda yang ingin mencuba makanan ini. Boleh refer link dibawah untuk rujukan.



 facebok


Sunday, July 16, 2017

SEMAK PENYATA PINJAMAN PTPTN ONLINE
||SEMAK PENYATA PINJAMAN PTPTN ONLINE||Cara mudah untuk membuat semakan penyata pinjaman PTPTN anda adalah secara online, tidak perlu bersusah payah ke kaunter PTPTN untuk semakan. Kerana dunia sekarang, anda bijak teknologi sahaja semuanya boleh dipermudahkan dengan sentuhan jari.

Seperti Mat, kekangan masa menyebabkan semua ini perlu dilakukan secara online, dari semakan pembayaran sehingga transaksi bayaran bulanan. Caranya mudah sahaja dan anda boleh merujuk langkah dibawah. Selepas ini mat merancang untuk membuat arahan tetap dan bayaran terus dengan penolakan gaji untuk mendapat rebat 10% dari bajet 2017.

Buat carian dengan enjin google PTPTN dan anda akan dibawa masuk ke site dibawah

Anjung PTPTN

Kemudian scroll bahagian bawah untuk bahagian perkhidmatan atas talian dan klik pada SEMAKAN PENYATA PINJAMAN

Clik Semakan Kotak Merah

Anda akan dibawa masuk ke bahagian semakan dan perlu memasukkan 12 digit no kad pengenalan kemudian  klik semak


Selepas itu klik pada PENYATA KIRA-KIRA


Lagi sekali masukkan 12 digit no kad pengenalan dengan kata kunci. Kalau dah lupa boleh klik pada bahagian Terlupa kata lalaun.


Anda akan dibawa ke Dashboard pinjaman PTPTN anda,dan klik pada PENYATA BAKI untuk semakan pinjaman.


Haa, dekat sini boleh lihat kesemua tunggakan yang belum dijelaskan dan berapa jumlah bayaran yang perlu dibayar setiap bulan oleh anda.


Tunggakan RMxx,xxx.xx, bulanan RMxxx.xx

Boleh juga klik pada bahagian Lihat Terperinci untuk melihat laporan yang lengkap duit keluar masuk terhadap akaun pinjaman ataupun terus klik bayar untuk bayaran pinjaman.


Ini paparan pada laporan terperinci anda.


Haa macam mana? senang kan? semua pakai smartphone dan jadilah smartperson selalu. Anda juga boleh membuat pembayaran kepada PTPTN melalui internet banking tanpa caj juga. Kalau anda perasan setiap transaksi bayaran kepada PTPTN caj RM1.00 ++ akan dikenakan. Mahal tu RM1x12 bulan RM12.00, cukup untuk makan tengah hari anda.


Sunday, July 09, 2017

Pemenang Teka Menang Duit Raya Seluar Tactical 5.11
||Pemenang Teka Menang Duit Raya Seluar Tactical 5.11||Seperti yang dijanjikan seminggu sebelumnya, pemenang teka menang duit raya diumumkan pada hari ini. Siapakah yang bertuah untuk memiliki sejumlah duit raya daripada penjual seluar tactical 5.11.


Terima kasih kepada tekaan jumlah yang diterima daripada anda semua, sambutan boleh dikatakan amat menggalakkan daripada anda. Pemenang akan diambil kira melalui dua kaedah.

Pertama, tekaan yang paling tepat akan mendapat kesemua jumlah duit raya yang digambarkan, sekiranya kriteria pertama tidak menepati kriteria kedua diambil dengan tekaan jumlah pertama paling hampir dan melakukan sharing kepada rakan facebook yang lain.

Dengan itu, pemenang Teka Menang Duit Raya Seluar Tactical 5.11 dimenangi oleh Norul Zahidah, Tekaan jumlahnya adalah RM60 untuk kali pertama dan mematuhi kriteria kedua dengan melakukan sharing kepada rakan facebooknya yang lain.

Jumlah tepat Teka Menang Duit Raya Seluar Tactical 5.11 adalah berjumlah RM65.80, dimana terdapat 1 keping noted RM50, 3 keping noted RM5 dan syiling setiap satunya 50sen,20sen,10sen.

Teka Menang duit Raya Seluar Tactical 5.11 akan dikendalikan lain masa dengan jumlah yang berbeza, terima kasih.

Pages SELUAR TACTICAL telah banyak membantu HERO dan HEROIN dalam memiliki seluar tactical 5.11 yang berpatutan dengan harga, kainnya berkualiti, selesa, tahan lasak dan murah juga. Anda dah like ke belum?

Facebook pages : Seluar Tactical 

Teka Menang Duit Raya

Thursday, October 13, 2016

WOW!!!SELUAR TACTICAL 5.11 DAH BOLEH BELI ONLINE

||WOW!!!SELUAR TACTICAL 5.11 DAH BOLEH BELI ONLINE||Dulu bukan main susah lagi nak dapatkan sehelai seluar tactical 5.11 ini. Terpaksa pergi GM Klang untuk dapatkan dengan harga yang murah dan perkhidmatan terbaik, Kalau pergi pasar malam pun barang tidak secantik GM.  Namun dengan kemajuan IT segalanya telah berubah. Seluar Tactical 5.11 sudah boleh diperolehi melalui pembelian di dalam talian. Harga tidak lah begitu mahal. Orang kata berbaloi dengan kualiti yang diberikan.

Nak Tanya??ada yang mencari Seluar Tactical 5.11 macam aku tak?? Kalaulah ada, korang boleh singgah FacebookSeluar Tactical dan berurusan dengan brader mat, Kalau tak sempat singgah facebook sebab teruja sangat, korang boleh berurusan dengan whatsapp terus, ni no dia 01120589921. Jangan risau brader mat ni tulus orangnya dalam menjalankan perniagaan dalam talian.

Tahu atau tidak, seluar tactical ni ada keistimewaan yang dikehendaki oleh penggemar aktiviti sukan lasak terutamanya seperti diperbuat dari material jenis RIP-STOP (canvas) yang membolehkan seluar cepat kering, mudah dipakai, sangat bergaya, sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan lasak, rekabentuk zip tepi dengan poket yang banyak dan kemas tersusun.

Selain Seluar Tactical 5.11,, brader mat juga ada menjual dan membekal barangan lain seperti, tali pinggan tactical, eyewear ess crossbrow dan eyewear tactical 5.11, ada juga menjual beberapa jenis t-shirt limited edition.

Haaa,Itu saja informasi yang berguna untuk peminat aktiviti sukan lasak. Jangan lupa hubungi brader mat untuk urusan pembelian Seluar Tactical 5.11. Menurut maklumat juga, seluar ini merupakan item cepat terjual dengan beliau, kekadang-kadang tengah bungkus barang untuk hantar post pun order masuk. Giler arghh laku keras.


Owh lupa,, brader mat ada mention juga, kalau ada sesiapa berminat nk tambah pendapatan dengan jualan barangan tactical dan aktiviti outdoor ni, whatsapp je brader mat kata nak jadi agent. Tak ramai agent yang dicari,, cukup 15 orang dia tutup kuota kali..

Apa lagi cuci mata dengan barang jualan brader mat.

Seluar Tactical 5.11 terdiri dgn 4 pilihan warna dan saiz yang berbagai

Spek 5.11 dengan hadiah percuma 3 jenis kanta

Spek ESS Crossbow dengan hadiah percuma 3 kanta

Tactical Belt dengan 3 pilihan warna harga yang berpatutan


Saturday, September 10, 2016

Projector- Pasti Ada Kamu (Lirik)
Projector- Pasti Ada Kamu (Lirik)

       

Selalu disakiti
Dalam diam aku terluka
Selalu ku bersedih
Dengan sikap ego tinggi kamu

Puas ku bersabar denganmu
Puas ku katakan kepadamu
Jangan ikutkan segala nafsu

Puas ku cuba memahamimu
Puas sudah ku dengan caramu
Kiniku hilang rasa cintamu
Maafkanlah………………
                                                                                                                                              
Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU     2x

Wooo ohhh….
Pasti ada kamu

Ulang

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Aku yang kau cinta
Takkan pernah ada
Aku yang kau sayang
Hilang  selamanya

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Wooo ohhh….    2x
Pasti ada kamu


Monday, September 05, 2016

Siapakah Projector Band Sudah Ku Tahu
||Siapakah Projector Band Sudah Ku Tahu|| Siapa sangka lagu Sudah Ku Tahu nyanyian Is berjaya menawan carta lagu paling disukai peminat. Meletup boom boom. Sekarang lagu ini sedang berada di dalam carta muzik-muzik. Lirik lagu sudah Ku tahu yang ditulis semasa Band ini belum meningkat naik mendominasi carian tertinggi disini.

Sudahkah anda mengetahui siapakah Projector Band yang pantas mencipta nama dalam dunia hiburan ini?. Sedikit sejarah yang berjaya diperolehi melalui kajian media, Band ini bermula dengan tiga orang ahli Iskandar, Razif dan Ahmad Khusairi dan ditubuhkan pada disember 2013 di Selangor. Dengan tekad dan komited untuk membawa naik band, mereka bertiga tetap bertahan walaupun ahli kumpulan mereka silih bertukar ganti.

Sekarang, Projector band mampu berbangga dengan lagu Sudah Ku Tahu dan telah dianggotai oleh lima orang anak muda yang dikenali

·         Iskandar Zulkarnain Shafin,23 (Vokalis)
·         Razif Zainuddin,24 (gitar utama)
·         Isnaidi Eidham Razali,21 (gitar kedua)
·         Ahmad Khusairi  Shaferi,26 (gitar bass)
·         Syafiq Zainuddin,22 (Drummer)
Sumber : Facebook
Tahukah anda, Single pertama lagu SudahKu Tahu yang dinyanyikan Is yang bersuara lantang diilhamkan melalui kisah benar Razif yang disusun ketika dirinya berhadapan dengan saat sukar. Kalau difahami lirik, memang betul lagu ini mengisahkan kisah sukar. Moga bertabah saudara.

“Aku yang terlihat, Pasti Ada Kamu”

Ada ceritanya Projector Band bakal mengeluarkan Single keduanya nanti Pasti Ada Kamu. Kita tunggu perkhabaran yang baik-baik dari band ini. Kalau rasa nak dengar single kedua Projector Band boleh layari Facebook mereka. Eyh, sudah ada lirik lagu Sudah Ku Tahu ?

Fakta Projector Band yang Perlu diketahui

·         Ditubuhkan pada Disember 2013 dengan bermula tiga orang ahli
·         Single Pertama Sudah Ku Tahu
·       Dilamar syarikat rakaman MAPMUSIC pada 11 disember 2015 untuk membantu urusan pengurusan dan promosi
·         Bakal mengeluarkan single kedua

Lirik Lagu Pasti Ada Kamu -Projector Band